Monday, November 03, 2008

Al Hamdulillah..Semakin Pulih...


Semalam ( 2 nov ) sebelum pulang ke Gombak,penulis sekali lagi pergi menziarahi bapa mertua di PMC Alor star.Nampak semakin sihat dan bertenaga.
Rasa lapang dihati melihat suasana beliau agak ceria dari hari sebelumnya.Moga apa yang ditanggung oleh beliau akan disembuhkan oleh Allah.
Penulis sekeluarga ( kak long,lee,fai,fazil,wan,cu'ah)mendoakan agar Allah Taala memberikan kekuatan fizikal & mental kepada ayahanda kami untuk menghadapi ujian yang amat berat ini...
Itulah ketentuan Allah yang sentiasa mahu menguji para hambanya yang beriman.
Moga Allah meletakkan kita semua dikalangan para hambanya yang beriman & beramal soleh serta Istiqamah dalam PERJUANGAN ISLAM..Rujuk Surah Al Ankabut..Ayat yang ke 2..WALLAHU A'LAM..

0 Pandangan Anda: