Tuesday, December 30, 2008

Secebis Sumbangan Untuk Rakyat Palestin...

Pagi tadi,sekitar jam 11.30 pagi,penulis dan ratusan warga kota yang Prihatin dengan nasib rakyat Palestin..berkumpul di sekitar Bangunan Tabung Haji di K.Lumpur.
Tujuan utamanya adalah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel Laknatullah..
Ramai juga ahli masyarakat yang hadir dari setiap pelusuk..penulis dapat melihat barisan pemuda dari Kedah..1 bas rombongan dari Perak di kepalai oleh Ustaz "Taliban" dan yang lainnya mungkin dari sekitar Lembah Klang..TAHNIAH pada yang hadir...
Antara barisan kepimpinan yang hadir antaranya..YB Dr Hatta Ramli,YB Salehudin Ayob,Ust Nasarudin Tantawi,YB Dr Lolo',Dr Syed Azma,Ustaz Taliban,YB Solihin Muhyi dan lain-lain...
Pergerakan demonstrasi berjalan dengan lancar walaupun kawalan ketat oleh pihak polis di merata sudut...
Unit Amal Malaysia harus diberi pujian kerana berjaya mengawal suasana khususnya lalulintas dengan begitu baik sekali...
Demonstrasi berakhir sekitar jam 12.45 thari..walaupun agak penat tetapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan perjuangan rakyat Palestin.Siang malam bermandi peluru hidup dan bom..
Apalah sangat usaha kita yang sedikit ini..ALLAHU AKBAR!!!!

Moga ada ganjarannya di sisi Allah....

YA ALLAH..SELAMATKANLAH UMAT ISLAM PALESTIN DAN BINASAKANLAH YAHUDI DAN SEKUTUNYA YA ALLAH!!!!! Penulis ( anak panah ) dicelah lautan manusia...gambar ehsan Harakahdaily

Takbir !!! Hidup Palestin..
Muslimat juga tidak ketinggalan memberikan sokongan..
Posing 2 wartawan mencari sudut yang menarik..
Lautan manusia yang cintakan keamanan...ALLAHU AKBAR!!!!
Kasut juga menjadi simbol penghinaan kepada Bush
Bersiap untuk berjihad....

Terima kasih Unit Amal....

Monday, December 29, 2008



Salam Maal Hijrah 1430H penulis ucapkan kepada anda semua.

Begitulah pantasnya masa berlalu..bermakna kita semakin hampir dengan detik kematian..

Hijratul Rasul (SAW) tetap akan diingati sepanjang zaman..selagi wujudnya alam ini..

Begitulah hebatnya seorang insan yang bernama MUHAMMAD..sanggup menyusahkan diri untuk kesenangan umatnya..MASYA ALLAH..

Marilah kita mengambil pengajaran dari peristiwa Hijrah yang hebat ini..HIJRAH MENGAJAR KITA ...

1. Sayang pada Rasul...

2. Sayang pada Islam...

3. Yakin pada pertolongan Allah...

4. Konsep Tawakkal yang betul...

5. Konsep Jihad yang sempurna...

6. Hidup mesti ada perancangan dan strategi...

7. Menjadi insan yang Amanah...

8. Taat pada segala perintah Allah...

9. Pentingnya Masjid supaya ia difungsikan dengan betul...

10. Perlunya kepada sebuah Daulah Islamiah...

SALAM MAAL HIJRAH...SAMA-SAMA KITA MENGHAYATINYA...

Friday, December 26, 2008

Ahlan Wa Sahlan .. Maal Hijrah..

Malam tadi..Penulis terpaksa akur dengan Ketentuan Ilahi..kuliah Maghrib yang sepatutnya penulis hadir di Cheras Perdana...terpaksa di tukar ke CERAMAH PERDANA di Masjid Al Akram,Dato Keramat..
Penceramah asalnya yang "uzur" iaitu sahabat penulis sendiri,Ustaz Irwan telah menelefon penulis menjelang Asar meminta penulis menggantikan Ceramahnya pada malam ini..
Sebagai sahabat baik dan seperjuangan..satu kaler lagi..hijau tu..penulis dengan hati terbuka menerima pelawaannya itu..
Al Hamdulillah..semua berjalan lancar..walaupun penceramah "bidan terjun" tetapi semuanya ok..1 jam setengah tu..dari 8.00 mlm - 9.30 mlm..boleh tahan...lengkap peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah.. Pentas Ceramah Maal Hijrah..Grand..Anjuran Bersama Jawi..

Ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid..dato Hj Musa B Hj Ibrahim
Ucapan Perasmian oleh Pegawai Penyelaras Zon 4 JAWI..Ust Hj Mohd Fishal B Ahmad
Acara yang di tunggu-tunggu..."mentekedarah" ler!!!!
Tambah lagi ustaz....tu yang tak tahan tuuuu!!!!!!!

Sunday, December 21, 2008

Jom Mandi Sungai...Janda Baik

Pagi tadi..penulis sekeluarga bergerak dari Gombak menuju ke Janda Baik di Pahang..
Dengan satu tujuan...dah lama tak terjun sungai..siap memancing lagi..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit..Tol jangan dilupa..Rm 10 pergi / balik..( Malaysia BOLEH )
Memang berbaloi pergi kali ni..cuaca cantik , air sejuk , dapat ikan pun banyak..rezeki la tuuu..
Dapat la penulis berehat sikit dari kesibukan kota yang memang penuh dengan suasana "haru biru"...Lapang la dada sikit...Ada masa nanti kita pergi lagi..Insya Allah..

Wednesday, December 17, 2008

Malang Tidak Berbau...

Pagi tadi ketika penulis membawa Bonda untuk mengambil pencen di BSN Tmn Sri Gombak,penulis di kejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat...

Penulis tidak pasti dari arah manakah bunyi itu datang..

Setelah disiasat(macam polis la pulak),penulis melihat sebuah motosikal telah terperosok dibawah sebuah kereta Toyota Avanza...

Melihat kepada kedudukan motosikal itu,penulis mengagak kecederaan penunggangnya mungkin agak parah/maut..maklumlah...motor masuk bawah kereta..diseret pulak lagi..

Tapi Alhamdulillah..penunggang motor(melayu) hanya mengalami luka yang taklah teruk sangat..Orang ramai membawanya ke klinik berdekatan..

Pemandu kereta(cina) itu juga tiada kecederaan...mujurlah semua selamat...

Oleh itu kepada anda semua..Berhati-hatilah ketika memandu...Berdoa & Bertawakkallah Kepada Allah...

Jangan memecut sangat walaupun harga minyak sudah turun...10sen..jadilah!!!!!

Sunday, December 14, 2008

PC Fair kembali lagi....

Petang tadi penulis sempat meluangkan masa untuk meninjau gajet-gajet terbaru di pasaran.

Memang "kelabu" mata dibuatnya...nasib baik tak "biru'..kalau tak..memang haru!!

Banyak juga gajet baru yang keluar...macam-macam adaaa...

Letih jugak la penulis "tawaf" kat dalam tu...

Terfikir juga penulis..dalam kegawatan ekonomi ni,banyak juga wang rakyat malaysia lagi..hampir semua yang mengunjungi pc fair ni..usung barang.kiri kanan lagi tu..
Apapun pc fair kali ini tetap meriah!!!!!!



Saturday, December 13, 2008

4 Perkara..Beringatlah!!!!!


Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud: "Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.


Adapun yang berharga itu ialah Akal,Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....


1. Akal boleh hilang disebabkan marah.

2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi 4 penarikan:


1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.

2. Para ahli waris akan menarik hartanya.

3. Ulat akan menarik tubuhnya.

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


1. Memberi maaf pada waktu marah.

2. Suka memberi pada waktu susah.

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.


Sama-samalah kita renungkan bersama!

Monday, December 08, 2008

Korban..menjejaki Sunnah Nabi Ibrahim..

Al Hamdulillah..Sunnah Rasul dapat di praktikkan lagi..

Walaupun berkorban dalam keadaan hujan yang turun tanpa henti..proses korban berjalan lancar.5 ekor lembu berjaya d tumbangkan...

Penulis juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam ibadah korban pada kali ini..tak banyak pun ..2 bahagian saja..penulis dan isteri..

Korban kali ini dibuat di jalan dewan,simpang tiga,gombak ( rumah saudara rohaizad )..ramai juga sahabat yang datang membantu...terima kasih banyak-banyak di atas sumbangan anda semua..

Jumpa lagi dalam program ibadah tahun depan..INSYA ALLAH... Lembu..tetap taat kepada perintah Allah.

Kerja melapah dilakukan dengan "jayanya"

Tumbang la sayang...lembu hitam ni agak degil sedikit..
Potong bang...jangan tak potong...
Yang lain tu...takkan tengok jer kut?
Antara petugas yang hadir..
Menunggu masa untuk disembelih...
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar...Selamat!!!!!!!
Proses sembelih dilakukan oleh Ust Mat Zin....
Hati-hati bro...terkerat jari pulak nanti..

Khutbah Edul-Adha...Masjid Kota Damansara




Al Hamdulillah..Solat Sunat Edul-Adha dan Khutbah berjalan lancar.

Penulis dijemput menyampaikan khutbah Edul-Adha di Masjid Kota Damansara.Masjid baru yang cantik dan indah.

Telah dirasmikan oleh Sultan Selangor pada Jumaat baru ni ( 5 dec 08 ).Mengekalkan namanya sebagai Masjid Kota Damansara.

Penulis memang kagum dengan semangat jamaah di masjid ini..ramai Dato dan Tan Sri...tapi semuanya "kaki kuliah"..mengisi usia senja...bagus la tu ..Al Hamdulillah..

Jumlah korban di sini ialah 17 ekor lembu dan 4 ekor kambing...banyak jugak tuu..

Antara isi khutbah yang di sampaikan penulis..

1. Falsafah Haji..

2. Falsafah Korban..

3. Taat kepada Hukum dan Perintah Allah..

4. Pengajaran dari pengorbanan Nabi Ibrahim..

SALAM EDUL-ADHA...SELAMAT BERKORBAN..

Sunday, December 07, 2008

Ibadah Haji 1953..Allahu Akbar!!!