Friday, January 30, 2009

Yang Tua Di Hormati...

Seperti kelaziman,'peralihan kuasa kuliah' akan berlaku apabila penulis bertemu dengan kekanda Ust Halim atau Ust Salehudin Nasir.
Baru - baru ini penulis berkuliah maghrib di Surau Nurul Hidayah di Puchong.
Seperti biasa 'mic' kuliah pada malam itu penulis serahkan pada kekanda ust halim nasir.Penulis duduk bersandar sambil bersantai memasang telinga.
Bak kata pepatah..Yang Tua Di Hormati..maknanya penulis masih muda lagi la tu..jangan marah bro..
Kuliah berjalan lancar,isi dan kupasan yang menarik..jemaah terpaku tanda puas..
Pas kuliah..macam biasa..nasi lemak Puchong menunggu jamaah..Sedap!!!!Sehingga menjilat jari...



Tuesday, January 27, 2009

Gerhana..Lambang Kebesaran Allah...

Semalam,26 Jan,Isnin,bermula jam 4.30 - 7.00 ptg..berlaku satu lagi kejadian Agung Yang Maha Esa...Gerhana Matahari Separa..
Gerhana ini dapat dilihat di sebahagian besar dunia ini termasuk Malaysia.
Firman Allah..Surah Al-An'Am ayat 96 yang bermaksud..."Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Antara perkara yang disunatkan ketika berlakunya gerhana ini ialah mendirikan Solat Sunat Khusuf 2 rakaat sepertimana yang diajar oleh Baginda.
Penulis mengambil kesempatan untuk mendirikannya bersama keluarga di Masjid Wilayah Jalan Duta..
Ramai juga tetamu yang hadir.agak tersentuh juga apabila khotib di dalam khutbahnya menyentuh tentang kerdilnya manusia dan Maha Agungnya Allah..
Gerhana juga sebagai petanda bumi sedang "sakit".kerana itulah kita disuruh mendirikan solat sunat gerhana,bermunajat kepada Allah supaya peredaran matahari dan bulan berjalan seperti biasa.
Juga harus diingat bahawa Gerhana ini juga sebagai peringatan Qiamat semakin hampir..
Oleh itu...bersiap sedialah kita dengan bekalan yang secukupnya..agar tidak menyesal nanti...

Monday, January 19, 2009

Mencari kemenangan.....Bertemu jua.....Al Hamdulillah...

Seperti kelaziman,setiap hari Ahad sebelah pagi,penulis akan mengambil kesempatan beriadah bersama dengan sahabat2 yang lain.
Aktivitinya ialah bermain bolasepak,salah satu diantara sukan yang paling digemari oleh penulis...sejak dari sekolah rendah,menengah sampailah ke Al Azhar ( ust nasarudin tantawi pasti ingat kenangan tu)...hingga ke hari ini..
Yelah kalau setiap hari selepas menyampaikan kuliah/ceramah di merata tempat..pas tu lena..mau gedebok badan dibuatnya..
Paling tidak..riadah seminggu sekali pun ok la tu..at least something is better then nothing..hehe!!
Tetapi semalam,kami buat "indoor game".bahagi 3 kumpulan..lawan sesama sendiri.Penulis berada dalam kumpulan 3.
Setelah penat berhempas pulas di padang,disertai dengan semangat kemenangan PAS di Kuala Terengganu..akhirnya pasukan penulis telah menjuarai pertandingan tersebut..
Al Hamdulillah..penulis dapat meledakkan 1 gol untuk membantu pasukan penulis menjuarai pertandingan tersebut..
Walupun tidak sehebat Ronaldo / Rooney,tetapi kelibat penulis masih lagi berbisa..hehehe..
Tapi..larian dan stamina dah tak sama seperti 10 tahun yang lalu.
Begitulah hidup kita sebagai insan..makin lama makin lemah..Allah jualah Yang Maha Gagah..
Apapun..TAHNIAH kepada PAS yang memenangi PRK Kuala Terengganu.Takziah kepada BN!!!
Takbiiiiiirrrrrrr!!!!!!





Friday, January 16, 2009

Program Mendekati Rakyat..PMR..

Begitulah rutin menjadi YB.Sibuk kehulu dan kehilir.

Yelah...nama pun wakil rakyat...tentulah banyak program yang mesti dihadiri.

Adun Gombak Setia,Dato Dr Hasan Ali turut turun padang selama 2 hari berturut2.

Bermula dengan khutbah Jumaat di Masjid Ittifaqiah,Kuliah Maghrib di Masjid simpang 3..qiamullail dan kuliah Subuh di Masjid Khairiah..Masya Allah..itulah perjuangan namanya.

Penulis sempat menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh beliau di Masjid Simpang 3 sebentar tadi..Agak ramai jamaah yang hadir..

Beliau mengulas beberapa potong ayat dari Surah Al Mudassir..

Antaranya kita mesti membuka selimut yang membaluti tubuh badan kita setiap hari tanpa disedari..

Selimut Akhlak...

Selimut Iman...

Selimut Ilmu...

SelimutPerjuangan...

Selimut Politik...

Selimut Keluarga...

Dan Selimut-Selimut yang lain....Fikir-fikirkanlah.... Ya Allah..Hancurkanlah Yahudi dan sekutunya..!!!

Wednesday, January 14, 2009

Kezaliman Israel terhadap kanak-kanak

LOAY yang buta matanya melambaikan tangan di Hospital Shifa pada Sabtu lalu sebelum dihantar ke Arab Saudi.

RIYADH - Seorang gadis yang kehilangan kedua-dua kaki dan seorang budak lelaki Palestin yang buta akibat serangan tentera Israel di Gaza kini dirawat di Arab Saudi, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Hamad al-Manei.
"Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah melihat anda di televisyen dan baginda sangat tersentuh," kata Hamad kepada gadis itu yang dikenali sebagai Jamila.
Jamila yang bergerak dengan menggunakan kerusi roda berkata, dia sedang bermain di atas bumbung sebuah bangunan ketika kejadian itu berlaku.
"Saya tidak mempunyai bom atau senjata tetapi mengapa mereka (tentera Israel) menyerang saya," katanya.
Seorang lagi budak lelaki berumur 10 tahun, Loay Soboh dipindahkan ke Arab Saudi pada Sabtu lalu untuk menerima rawatan selepas matanya buta akibat serangan udara tentera Israel.
Sementara itu, Tentera Israel mengukuhkan kedudukan di sekeliling Bandar Gaza selepas operasi ketenteraan yang meragut nyawa lebih 900 penduduk Palestin tersebut masuk hari ke-18 semalam.
Bunyi letupan dan tembakan senjata api kedengaran selepas kereta kebal Israel semakin menghampiri pusat bandar yang padat dengan 500,000 penduduk.
HAMAD (kiri) bercakap kepada Jamila yang hilang dua kaki dan kini dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi.

Seorang penduduk, Talat Jad, 30, berkata, dia mendengar bunyi kereta kebal Israel bergerak sepanjang malam berhampiran rumahnya di pinggir Gaza menuju ke pusat bandar.
Menurutnya, dia dan 15 anggota keluarga yang lain berkumpul di dalam satu bilik serta terlalu takut untuk menjenguk tingkap bagi melihat keadaan di luar.
"Kami mematikan telefon bimbit kerana bimbang bunyi gajet itu mungkin didengar oleh askar Israel di dalam kereta kebal," katanya.
"Kami juga membaca al-Quran dan bersolat sehingga bunyi letupan tidak kedengaran lagi," ujarnya.
Pasukan perubatan di Gaza memberitahu seramai 18 pejuang Hamas termasuk tiga orang awam terbunuh dalam pertempuran di wilayah itu. - Agensi

Friday, January 09, 2009

Bila Hudud dipinggirkan...Jenayah Berleluasa!!!

Sekitar jam 3.30 pagi tadi,ketika sedang nyenyak tidur,penulis dikejutkan dengan bunyi salakan anjing yang datang dari arah rumah jiran cina selang 3 rumah dari rumah penulis.

Selepas itu terdengar pula bunyi alarm kereta.Penulis cam sangat dengan bunyi itu..Apabila diintai melalui tingkap penulis mendapati 2 orang sedang "mengerjakan"kereta penulis.

Dari pandangan penulis,sah kedua2nya adalah budak melayu..Allahu Akbar..apa la nak jadi dengan anak melayu di akhir zaman ni..buat hal tak habis2.

Penulis terus menyergah "hoooiiii" kepada mereka.sorang sedang cover "line",yang sorang lagi sedang memunggah melalui tingkap yang dipecahkan..Apalagi , terus lari lintang pukang 2 penyamun ni..

Penulis keluar untuk melihat apa yang hilang..Al Hamdulillah tak sempat mereka nak ambil apa2.cuma dalam kereta agak bersepah..lagipun dalam kereta tiada apa sangat barang berharga yang penulis simpan..setakat minyak atar tu,ada la.... :)

Inilah yang dikatakan ketentuan dan juga ujian dari Yang Maha Esa..Pastinya ada hikmah yang besar di atas kejadian tersebut..Penulis akur dan redho di atas sedikit ujian ini..Moga ada ganjarannya di sisi Allah....Amin Ya Rob!!!!



Thursday, January 08, 2009

Majlis Ilmu..secebis harapan!!!

Malam tadi,setiap hari Rabu minggu yang 1,penulis menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid As Syarif Simpang Tiga Gombak..
Seperti kebiasaannya juga..selepas Isya penulis akan terus mengadakan Usrah bersama dengan rakan-rakan yang lain..
Mana yang berkelapangan .. tentulah dia akan hadir..
Maklum sajalah..program Usrah selalunya memang kurang mendapat sambutan..
Penulis menggunakan Kitab "Iman Dan Kehidupan" sebagai rujukan..
Antara yang dibincangkan ialah sebagai umat Islam kita wajib beriman kepada Allah dan percaya dengan KewujudanNya.
Penulis juga menghuraikan tentang Kekuasaan Allah yang berhak dan mampu melakukan apa sahaja mengikut KehendakNya..
Moga sedikit peringatan ini dapat kita jadikan sandaran bersama-sama..
Ya Allah..Selamatkanlah Umat Islam Di Palestin dan Hancurkanlah Rejim Yahudi..AMIIINNN!!!!



Tuesday, January 06, 2009

PRK Kuala Terengganu

Bahang PRK Kuala Terengganu sudah mula dirasakan pada hari Penamaan Calon pagi tadi..
Pakatan Rakyat diwakili oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut manakala Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Seorang lagi merupakan calon bebas iaitu Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.
Semua parti yang bertanding mengatur strategi masing-masing untuk menambat hati pengundi di sana..
Persoalannya ?? Sejauh manakah kejujuran,keikhlasan dan sifat amanah boleh dijadikan kayu pengukur untuk memilih calon yang paling layak..
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing..
Buat pengundi di sana..Selamat Mengundi...Buatlah Pilihan Yang Bijak...ALLAHU AKBAR!!!!

kito gi t'ganu blako wehh....!!!!!

Friday, January 02, 2009

Ziarah Kekanda Hj Salehuddin

Selepas pulang dari menyampaikan kuliah maghrib di Taman Sri Muda,Shah Alam..penulis terus bergegas ke Taman Rouwther untuk menziarahi Kekanda Salehuddin yang baru sahaja pulang dari mengerjakan Ibadah Haji.
Al Hamdulillah nampaknya beliau sihat dan ceria seperti sebelumnya..Moga dikurniakan Haji yang Mabrur..INSYA ALLAH.
Macam2 cerita yang dikongsikan..suka duka pahit manis semuanya ada..
Termasuk peristiwa kepulangan ke tanahair .. flight Saudi Air yang dinaiki mengalami kebakaran pada enjin menyebabkan terpaksa berpatah balik ke Madinah..
Al Hamdulillah semuanya selamat.....walaupun ada yang trauma selepas ini mungkin takut untuk menaiki pesawat...
Apapun..Kita hanya Merancang..Allah Yang Menentukan!!!!!!
Masih segak dan sihat nampaknya abang aji kita ni.. Kanda Hamidah dan Hasnah juga turut datang berziarah

"Berkeping-keping ketulan enjin melayang ke udara"..Allahu AkbarKhusu' mendengar cerita...