Sunday, February 22, 2009

Bermulanya...Pelancaran KURSUS HAJI BERSIRI..

Pagi tadi bermula jam 9.00 pagi,taklimat tentang 'prosuder' haji di sampaikan oleh Al Fadhil Ust Salehuddin Nasir.
Penulis berasa cukup berdebar kerana inilah kali yang pertama penulis mengadakan Kursus Haji Bersiri.Bertempat di Masjid As-Syarif, Simpang Tiga Gombak.
Hampir jam 9.00 pagi,hanya beberapa orang saja yang hadir..risau gak dibuatnya..takut orang tak datang.
Al Hamdulillah,sedikit demi sedikit akhirnya hampir penuh dewan kuliah.kehadiran mencecah hampir 70 orang..boleh tahan jugak la..
Taklimat kursus berjalan dengan baik dan lancar..nampak diraut wajah masing-masing ada tanda kepuasan.
Insya Allah kursus haji bersiri percuma ini akan di adakan setiap hari Ahad bermula jam 9.00 pagi bermula 1 Mac ini..Penulis sendiri yang akan menyampaikannya...Jemput hadir beramai-ramai.."SELAMAT DATANG"...Penulis sempat bergaya.... Antara jamaah muslimat yang hadir...Golongan muslimin juga tidak ketinggalan mengikuti kursus...Ust Salehuddin Nasir menyampaikan penerangan tentang 'prosuder' haji.Mendengar dengan penuh semangat dan teliti...

Santai bersama Pak Ayem selepas tamat taklimat kursus...
Gandingan mantap 'Pakatan rakyat'

1 Pandangan Anda:

Ust Halim Nasir said...

Pak ayem lo ketuo pakatan rakyat ee. Apa pun tahniah, moha ALLAH izin 3 beradik menggegari bumi arafah tahun ni, InsyaALLAH.