Monday, June 29, 2009

Pelancaran USRAH Pas Kawasan Gombak..

Pendaftaran Ahli2 yang hadir sedang dibuat.
Antara ahli2 PAS yang hadir...
YDP..Ust Salehudin Nasir bersama Ust Sharhan..Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak
Muslimat juga turut hadir memberi sokongan
Cikgu Radhi menyampaikan ucapannya..

Saturday, June 27, 2009

Ustaz Yusaini Yahya..

Semalam , tazkirah dan khutbah Jumaat telah dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Yusaini Yahya dari Perlis.
Beliau juga adalah merupakan sahabat penulis.Lama juga penulis tak jumpa dengan beliau.
Menarik juga penyampaiannya semalam.Semangat dan penuh bertenaga.
Terutamanya khutbah yang begitu tersusun isinya..menghuraikan tentang peristiwa penting di dalam Bulan Rejab.
Apapun,terima kasih kepada Al fadhil Ustaz yang sudi hadir memberikan ilmu kepada kami...
Sudi2 jemputlah datang lagi...

Penuh semangat...

Sabaq ustaz ...

Wednesday, June 24, 2009

Aku Terima Nikahnya ...

Selamat Pengantin Baru ... Mohd Ridzuan Bin Saidin ( Adik ipar Penulis )
Moga Selamat Sejahtera Selamanya... Insya Allah...

Pengantin perempuan ... NatasyaKerahan tenaga anak2 kecil ...
Pulun ..jangan tak pulun ..
Sebelum akad nikah ...
Ust Halim Nasir turut hadir memeriahkan majlis ... TQ Bro ..
Santapan Di Raja ... sehari jeeee ...
Kenangan Di Langkawi ..

Sunday, June 21, 2009

Berbaik Sangka Dengan Allah...

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:
Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi:
"Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu."
"Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas."
"Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas.

Wednesday, June 17, 2009

Senyum La Sikit ...

SAPE HEBAT

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

SUDU

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT

Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..." Pesakit : "Apa caranya doktor?" Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Monday, June 15, 2009

Majlis Ramah Mesra AJK Masjid DUN Gombak Setia...

Semalam,Ahad,berlangsungnya majlis ramah mesra antara AJK masjid DUN Gombak Setia dengan Dato Hassan Ali.
Ada 8 buah masjid yang terletak di bawah DUN Gombak Setia.
Majlis berlangsung di Masjid Khairiah Taman Sri Gombak.
Majlis dimulakan dengan ucapan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia..Cikgu Radhi.
Kemudian Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mengupas pula isu Amanah Masjid yang perlu dijaga..
Cerita 2 pencuri kerbau yang berangan nak masuk SYURGA kelas 3 tetap mencuit hati jamaah yang hadir..
Majlis diakhiri dengan dailog antara AJK dengan Dato Hassan Ali.
TAHNIAH kepada Pusat Khidmat Masyarakat yang berjaya menganjurkan program ini....
Jumpa lagi 100 hari dari sekarang...Insya Allah...

Cikgu Radhi bertenaga dalam menyampaikan ucapannya.
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan amanatnya..
Penulis turut hadir bersama AJK Masjid As Syarif yang lain.
Dato Hassan Ali memberi respon kepada soalan hadirin.
Macam sedap je lauk tu Dato...hehehe..

Friday, June 12, 2009

Angin Perubahan...

Al Hamdulillah sudah hampir 2 minggu penulis bergelar nazir di Masjid As Syarif , Simpang Tiga Gombak.

So Far ... So Good..Begitulah bunyinya.

Jamaah nampaknya ramai yang menunjukkan minat.

Ada yang nak sponser carpet untuk tempat solat muslimat,ada yang nak sponser kolah wudhu' masjid dan macam2 lagi.

Syukur pada Allah di atas segala nikmat ini.

Tazkirah Jumaat dan Khutbah berjalan lancar.

Hari ini tazkirah disampaikan oleh Ust Sharhan Abd Halim ( Ketua Pemuda PAS Gombak ).

Ramai juga yang tertarik dengan penyampaiannya tadi..terima kasih ustaz..

Ust Sharhan begitu semangat menyampaikan tazkirahnya...

Jumaat depan , penceramah yang dinantikan , Ust Salehudin Nasir akan menyampaikan tazkirah jumaat dan khutbahnya sekali..pasti ada yang terangkat nanti...hehehe..

Thursday, June 11, 2009

Untuk Renungan Bersama...


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :


1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.


2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.


3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.


4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.


5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.


6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.


7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.


8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.


9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.


10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Tuesday, June 09, 2009

Anda Stress....?

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya..

SELAMAT MENCUBA...

Saturday, June 06, 2009

Siksaan yang paling ringan...

Daripada an-Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan ahli neraka pada hari kiamat itu adalah seseorang yang di bahagian bawah kedua kakinya diletakkan dua ketul bara api yang dengannya itu mendidihlah otaknya.
Orang itu tidak percaya bahawa ada orang yang mendapat siksaan yang lebih teruk daripada dirinya, padahal dialah yang teringan sekali siksanya."

Itu baru yang paling ringan...kalau yang paling berat bagaimana agaknya..

Fikirkanlah..

Friday, June 05, 2009

Rileks sekejap...

Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya.
Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila.
Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu.
Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.
Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya.
Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.
Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan."Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.
Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah,kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.
sama jugak rupa nya ...hehehe :)

Thursday, June 04, 2009

Tercapai juga akhirnya...

Esok , Jumaat ( 05/06/09 ) , perkara yang telah lama penulis nantikan...tazkirah sebelum solat jumaat.
Sebelum ini penulis hanya diberikan ruang untuk memberikan tazkirah jumaat di masjid lain sahaja..cemburu juga rasanya..
Namun esok Insya Allah , segalanya akan berubah.
Keputusan mesyuarat Ajk Masjid kelmarin ,memutuskan untuk mengadakan tazkirah dan khutbahnya sekali.
Esok ,penulis sebagai nazir akan merasmikannya...sebagai pembuka tirai..
Harap2 semuanya berjalan dengan lancar..
Moga ada manfaatnya...
YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI YA ALLAH.....AMIN!!!

Monday, June 01, 2009

Pentadbiran Baru ...


Hari ini , 01/06/2009 , bermulalah pentadbiran bagi jawatankuasa baru bagi masjid di Negeri Selangor.

Keseluruhan Masjid di Negeri Selangor berjumlah 362 buah masjid.

Pemilihan jawatankuasa ini dibuat melalui pemilihan ahli qariah dalam mesyuarat khas yang diadakan beberapa bulan yang lalu.

Al Hamdulillah , ramai dikalangan nazir2 baru yang telah dilantik terdiri dikalangan para ustaz dan para ulama'.

Penulis juga telah dipilih sebagai nazir di Masjid As-Syarif,Kg Simpang Tiga,Gombak.

Berat juga rasanya jawatan yang diberi.

Tapi sebagai amanah , ianya tetap mesti dipikul dengan sebaik mungkin.

Kepada mereka yang telah dipilih,gunakanlah peluang ini untuk mengimarahkan lagi masjid kita dengan sebaik mungkin agar semuanya mendapat keberkatan Allah.

Paling penting,pastikan jawatankuasa baru lebih baik dari yang lama..

Apapun , terima kasih pada jawatankuasa lama..jasamu tetap dikenang..