Thursday, July 30, 2009

Dunia oh Dunia ...


Daripada Abu Said r.a.,


bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dan sesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu(untuk mengolah dan memakmurkan) . Maka Allah akan melihat bagaimana yang engkau semua lakukan -untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu, bertaqwalah dalam mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum wanita."


(Riwayat Muslim)

Sunday, July 26, 2009

Akhirnya..sekali lagi berforum..

24 July,Jumaat - Bertempat di Masjid Ar Rahimiah,Klang..telah berlangsungnya forum Isra' Mi'raj.
3 beradik turun gelanggang lagi..dah lama jugak kami tak masuk gelanggang bersama.
Sambutan memang luar biasa..tengok sajalah gambar2 di bawah.
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan..tanpa anda..siapalah kami..bermadah la pulok !!!!







Saturday, July 18, 2009

Dunia !!!!

Daripada al-Mustaurid bin Syaddad r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seseorang di antara kamu memasukkan jarinya ke dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali"
(Bermaksud, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi banyaknya.")
(Riwayat Muslim)


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua terlampau cinta dalam mencari sesuatu untuk kehidupan, sebab dengan terlampau mencintainya itu, maka engkau semua akan mencintai pula keduniaan."

Fikir Dan Renung2kanlah....!!!!

Monday, July 13, 2009

Kursus Pos Msia .. Seri Msia Melaka.

Boleh la kongsi2 ilmu sikit dengan staff2 Pos Msia..

Dapat la juga round2 seluruh negara..

Kita bantu la mereka setakat terdaya kita..Insya Allah..

Selepas ini ke Ipoh pulak ... jumpa di sana !!!



Thursday, July 09, 2009

Forum 3 Beradik ... Isra' Mi'raj


Monday, July 06, 2009

3 Golongan yang tidak ditolak doanya...

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka.
(1) Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka
(2) Seorang imam (pemerintah) yang adil.
(3) Doa daripada seorang yang dizalimi.
Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"

Thursday, July 02, 2009

Santai Sebentar...

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?