Friday, August 28, 2009

Santai Jap ... !!!!


Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih..

Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang..

Setelah memasukkan wang RM1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.

Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "

Tuesday, August 25, 2009

Takbiiirrr !!!!

Selamat mengundi kepada semua pengundi di Permatang Pasir...
Moga kemenangan menjadi milik kita .. ALLAHU AKBAR !!!!

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430 ...


Salam Ramadhan Kepada Semua Pembaca Blog ini..

Moga Kehadiran Ramadhan Pada Kali Ini Akan :


1 - Menambahkan Iman Kita Kepada Allah.

2 - Dapat Memperbaiki Mana2 Akhlaq Kita Yang Tak Berapa Betul.

3 - Mendekatkan Kita dengan Rumah Allah.

4 - Melatih Diri Kita Menjadi Insan Penyabar.

5 - Menjadikan Kita Lebih Sayang Dan Cinta Kepada Islam.

6 - Merajinkan Kita Beribadah Kepada Allah.

7 - Menjadikan Kita Sentiasa Istiqamah Dalam Perjuangan Islam.


ALLAHU AKBAR !!! ALLAHU AKBAR !!! ALLAHU AKBAR !!!



Tuesday, August 18, 2009

Sumbangan Morey Dari Ahli Parlimen Gombak ..

Maghrib tadi berlangsungnya majlis sumbangan bantuan morey daripada Yb Azmin Ali ( Ahli Parlimen Gombak ).
Simple saja orangnya..berkain pelekat dan berbaju melayu putih..sentiasa tersenyum.
Di atas sebab2 tertentu ( dendam politik punya pasal ), hanya 5 buah masjid dan 10 buah surau sahaja yang terpilih untuk menerima sumbangan ini.
Yang lain kena tunggu giliran tahun depan nampaknya.
Begitulah nasib Ahli Parlimen Pakatan Rakyat .... peruntukan masih tergantung lagi.
Apapun setiap masjid dan surau mendapat rm 1000.Moga ada barakahnya bantuan ini..
Terima kasih Yb..syukur pada Allah..ALLAHU AKBAR !!!

Yb Azmin Ali sedang menyampaikan ucapannya..

Jamaah sedang menikmati sedikit juadah ..

Yb yang "mesra rakyat"

Penulis sempat bergambar bersama Yb ..

Tonggak utama Masjid As Syarif .. Rahim & Ismail

Meraikan Anak-Anak Yatim ...

Pada Hari Ahad (16 ogos ) baru-baru ini,pihak Masjid As Syarif telah mengadakan majlis pemberian sumbangan kepada anak2 yatim.
Mereka adalah anak2 yatim yang tinggal berhampiran dengan Qariah Kg Simpang Tiga , Gombak..
Jumlahnya seramai 70 orang.Majlis telah dirasmikan oleh Cikgu Radhi Bin Mohd Yusuf ( Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia ).
Pihak masjid telah berbesar hati memberikan kepada setiap seorang rm 400.
Al Hamdulillah , pada kali ini mereka beruntung kerana ada dua orang penderma yang memberikan sumbangan secara individu..penulis pun tidak tahu berapakah jumlahnya.
Apa yang pasti anak2 yatim ini tersenyum lebar pada hari tersebut.
Jamuan pun "special" pada pagi tu ... satay ..

Moga Allah mengampunkan dosa anak2 yatim yang tidak berdosa ini..AMIIINNN !!!!!
Mereka sedang menjamu selera ,, satay tuuu .. Antara anak2 yatim yang hadir ...
Barisan AJK Masjid yang hadir ...
Cikgu Radhi menyampaikan ucapan perasmian...Moga Allah mengampunkan mereka ...

Saturday, August 15, 2009

Tawaran Ramadhan .. Jangan Lepaskan Peluang ini ..


Friday, August 14, 2009

Ramadhan Karem !!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, August 13, 2009

Rawatlah Hati ... Bangunlah Insan ...


Wednesday, August 12, 2009

H1N1 ...Apa Kesudahannya?

Setakat tulisan ini ditulis,sudah 41 orang rakyat Malaysia telah meninggal dunia akibat wabak ini.
Apa sebenarnya yang telah berlaku sekarang ini ?
Hakikatnya , wabak ini sudah tidak boleh dikawal lagi.
Itulah keluhan ramai anak murid penulis yang bekerja sebagai doktor , "ustaz .. dah tak boleh kawal lagi." kata mereka.
Apapun , ada juga riwayat yang menyatakan angka kematian sebenarnya lebih banyak dari apa yang telah dilaporkan..WALLAHU A'LAM.
Hakikatnya,terimalah ini semua sebagai ujian ALLAH kepada umat Islam.
Sama2lah kita berdoa dan berserah kepadaNYA agar bala' yang besar ini segera dihilangkan.
Moga kita semua insaf di atas musibah yang besar ini..

Sunday, August 09, 2009

Ya Allah ... Terimalah Doa Kami

Tadi sekitar jam 12.00th , penulis sekeluarga telah mengadakan kenduri Tahlil Arwah dan Menyambut Ramadhan.
Majlis diadakan dirumah Bonda di Simpang Tiga , Gombak..
Penulis menjemput beberapa jamaah Masjid untuk menyempurnakan lagi majlis ini.
Tahlil telah dipimpin oleh tuan imam..Tuan Hj Fakharudin.. sementara doa dibacakan oleh penulis sendiri..
Moga tenang roh2 mereka di sana..Amin Ya Rabbal Alamin !!!!








Lagi Forum Isra' ...

Malam tadi,bertempat di Surau Al Amin,Bandar Tun husin Onn,telah berlangsungnya forum perdana anjuran persatuan penduduk dengan kerjasama JAIS.
Majlis bermula selepas Isya' dengan persembahan kumpulan nasyid dari pelajar sekolah berhampiran.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya ole YB Dr Syafie Abu Bakar,Adun Bangi.
Panel forum pada malam itu ialah Ust Salehudin Nasir bersama Ust Zulkarnain Hamzah.
Sebenarnya penulis hanya menjadi moderator 'bidan terjun' dalam forum tersebut.
Majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Sesekali jamaah terpukau dengan alunan suara Ust Zulkarnain yang mengalunkan ayat2 suci Al Quran.
Tugas penulis dan Ust Salehudin...tukang 'balun' jer...hehehe..




Friday, August 07, 2009

Sejarah Tercipta..

Jumaat,tanggal 24 Julai,sejarah telah tercipta di Masjid Simpang Tiga,Gombak.
Penulis selaku Nazir di masjid tersebut,telah memberi laluan dan ruang kepada Ust Halim Nasir untuk memberikan tazkirah dan sekaligus khutbah jumaat pada hari tersebut.
Kupasan menarik dan isi khutbah yang mantap..terima kasih brooo!!!!
Yelah,sebelum ni memang tak pernah merasa pegang "mic" di masjid ni..
Kuasa Allah Yang Menentukan Segalanya..Amiiinnnn...!!!!

Tuesday, August 04, 2009

Hari Bersejarah !!!


Sabtu yang lepas adalah hari yang paling diingati dalam sejarah perjuangan rakyat malaysia.

Satu demonstrasi untuk mansuhkan I.S.A telah diadakan.

Penulis bergegas sekitar jam 12.00 thari dan terus menuju ke tempat parking motor di bawah bangunan Dayabumi.

Disana penulis berjumpa dengan kekanda Ust Salehudin Nasir.

Polis memang ramai pada hari itu.

Setelah kami berpusing2 mencari lokasi yang sesuai..akhirnya kami terpaksa pulang kerumah.

Ini kerana penulis terpaksa bergegas ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Kursus yang telah diatur sekian lama.

Terkilan juga rasa dihati tidak dapat menyertai demo tersebut.

Dalam perjalanan asyik teringat ke demo jer.

Tahniah kepada semua pen"demo"..

Moga usaha kita akan diberkati oleh Allah...ALLAHU AKBAR !!!!!!!
Salah sebuah kawasan pantai di Terengganu