Friday, October 30, 2009

Taqdir Allah...!!!

T/hari tadi penulis menyampaikan Tazkirah dan Khutbah Jumaat Di Masjid Klang Gate,Hulu Klang.
Kebetulan Mb Selangor , Tan Sri Khalid singgah untuk solat jumaat di situ.
Walaupun dengan kehadiran Mb,tazkirah dan khutbah yg di sampaikan oleh penulis tetap...mantooppp..
Kalau Mb dah angguk masa khutbah tu..kira ok la tu..
Kebetulan pula ada kematian salah seorang anak qariah di situ..
Terus penulis mengimamkan solat jenazah sekali..
Tak sangka pula nak bertemu dengan Mb Selangor di situ..
Itulah Taqdir Allah yang tak mampu di ubah oleh manusia...Allahu Akbar !!!





Tuesday, October 27, 2009

Selamat Hari Lahir .. Bondaku..

27.10.1936 ... 73 Tahun
Moga Sihat Selalu...
Moga Panjang Umur Dalam Kebaikan...
Moga Selamat Dunia Akhirat...
Terima Kasih di Atas Segalanya...



Monday, October 26, 2009

Kematian ..Pasti Akan Berlaku... Bersedialah...

Al Fatihah

Lokasi : Tanah Perkuburan Islam Kg Changkat , Gombak
Pemilik : Ayahanda ( Hj Mohd Nasir bin Abdullah )
Tahun : Semenjak 1991
Nota : Moga Rohnya di tempatkan bersama orang2 yg soleh dan amalannya diterima oleh Allah .. Amin


Tuesday, October 20, 2009

Apa Benda Ni ...

Inilah Gagasan 1 Malaysia ..


Sunday, October 18, 2009

Rumah Terbuka Pas Pusat ... 2009 ...

Tarikh : 18 okt ( Ahad )
Masa : 0200 - 0500 Ptg

Lokasi : Markas Pas Tmn Melewar
T.G Presiden menyambut tetamu yg hadir
Yb Husam turut hadir
unit amal yg sentiasa "beramal"
bersalam bersama saf kepimpinan Pas
Elizabeth Wong dan Dr Mariah turut hadir
pelbagai lapisan masyarakat
Mb Perak Pakatan Rakyat turut serta
"Hidup Nizar"
sabar menunggu giliran
Ust Din Tantawi buat apa tu
penulis bersama sahabat sekuliah dahulu,Ust Din Tantawi
hiburan nasyid juga turut dihidangkan
Allahu Akbar !!!!

Friday, October 16, 2009

Amalan Yang Utama ...

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya,
"Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Manakah amalan yang lebih utama?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu solat tepat pada waktunya."
Saya bertanya lagi, "Kemudian amalan apakah?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Berbakti kepada kedua orang tua."
Saya bertanya pula, "Kemudian apa lagi?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu berjihad fi-sabilillah. "

Sunday, October 11, 2009

Islam Itu Maha Tinggi ...

Salam ..
Harap para pejuang dan penyokong PAS dapat menerima kekalahan ini..
Kalah di dunia .. menang di Akhirat .. Insya Allah..
Moga ada ganjaran usaha dan perjuangan kita semua di sisiNYA..
TAKBIIIIRRRR !!! ALLAHU AKBAR ..!!!

Friday, October 09, 2009

Melawan Nafsu ...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?"
Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath"
(Riwayat Muslim)
ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memper-banyak ketaatan pada Tuhan."

Sunday, October 04, 2009

Sekitar Penamaan Calon Bagan Pinang ...

Satu lawan Satu .. Pas vs Bn .. itu permulaannya.
Selesai Solat Subuh,penulis sekeluarga bertolak terus ke Bagan Pinang.
Sampai di sana sekitar jam 7.30 pagi.
Agak ramai juga penyokong PAS yang turun pada kali ini..macam2 gaya dan rupa..
Walaupun ada berlaku insiden kononnya ada yang 'dipukul' , tapi sebenarnya dia sendiri yang cari pasal.
Sapa suruh dia lalu dengan penuh 'angkuh' di hadapan penyokong PAS .. memang "dapat" la sebijik.
"lebam" tak banyak mana pun,cerita bagai nak 'rak'.
Sah ... publisiti murahan..memang hampeh!!!
Moga PAS menang pada kali ini .. INSYA ALLAH ..

TAKBIIIIRRR !!!!!
antara penyokong yang hadir ...
walaupun hujan .. tetap bersemangat
antara yang 'mencuri' tumpuan
Dato Hasan Ali turut hadir ..
YB Azmin juga tidak ketinggalan..
penuh semangat ..
speaker sivakumar turut serta ..
lautan manusia ..
kelab penyokong PAS Shah Alam..
tetap menghiburkan ..
siap panjat pagar lagi tu ..
senyum la sikit ..
"tekong utama" , Ust Salehudin Nasir
orang kuat Kg Daching Beranang , tapi tetap PAS
apa nak buat lagi tu .. muka dah nampak letih je
kaki dah lenguh berdiri ni ..
Iman baca doa apa tu .. minta Bn bungkus ke ..AMIIIINNN
orang2 kuat dari Johor ..
makan je apa yang ada .. nasi "free" tak ada
sementara menunngu pengisytiharan oleh SPR
sabar menanti ..
jom le kita balik ..
lena ke tu ..
puak2 "hampeh" nun diatas bukit

Thursday, October 01, 2009

"Berendam" Di Hari Raya ...

Lokasi : Pantai Kok , Pulau Langkawi
Tarikh : 24/09/09 ( Raya ke 5 )
Waktu : Jam 9.00 pagi.

Nota : Dah lama penulis tak terjun laut ... jom terjun ramai2.
gaya penulis sebelum 'jihad' di laut ..
dah tak sabar dah ni ...
masih sempat "posing" bersama keluarga ..
promosi nama sendiri nampak .. hehe ..
cuaca yang mendamaikan ..
haikal dan irfan ..
airnya yang dingin ...
jelas terpancar kelaparannya ...
apa agaknya yang di perhatikan tuuu ..
sempat 'berayun' atas buaian lagi ..
pandangan dari atas pokok ke ni ?
fai pun ada gak ..bakal pengantin DEC nanti ..Insya Allah ..
cuah , nurul iman dan zeti
bakal perenang negara ...
penulis membina tembok besar 'Langkawi'
ikan duyung 'junior' ...
apa yang di senyumkan tuu..