Saturday, November 28, 2009

Ibadah Korban Masjid Al Sharif , Gombak , 2009

Lokasi : Masjid Al Sharif , Kg Simpang 3 , Gombak
Tarikh : 28 nov 2009 ( Sabtu )
Jumlah : 9 ekor lembu..

sedia untuk disembelih ...
petugas bertugas dengan penuh semangat...
penuh tumpuan...
sedia untuk dikorbankan...
Dato Hasan Ali turut menunjukkan "skill" menyembelih lembu...
pegang kuat2 lembu tu...
sempat "posing" selepas menyembelih...
lembu gred "A"...memang mantop..
"tunduk" pada perintah Ilahi...
lembu terakhir yg dikorbankan...

Saturday, November 21, 2009

Majlis Ihtifal KAFA Al Sharif ...

Lokasi : Sekolah KAFA Integrasi Al Sharif , Kg Simpang 3 , Gombak
Tarikh : 21/11/2009 ( Sabtu )
Masa : 2.00 - 3.30 Ptg

Salah seorang pelajar mengalunkan bacaan ayat2 suci Al Quran ...
Imam Fakharudin membacakan doa sebelum majlis bermula ...
Ustazah Zinon,Ketua Guru menyampaikan ucapan aluan ...
Pengerusi KAFA Al Sharif , Ust Rahim Nasir merasmikan majlis ...
Persembahan marhaban dari pelajar perempuan ...

Sunday, November 15, 2009

Haji Mabrur...


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya:

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa mengerjakan haji, lalu ia tidak berbuat kelalaian dan tidak pula mengerjakan dosa, maka ia akan kembali (dari ibadat hajinya itu) sebagaimana pada hari ia dilahirkan oleh ibunya."
Sabdanya lagi ...
"Umrah ke umrah yang berikutnya adalah menjadi penutup dosa dalam waktu antara dua kali umrahan itu, sedang haji mabrur, maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga."

Wednesday, November 11, 2009

2 Jenis Mata ...


Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya:

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh neraka,

1.mata yang menangis kerana takut kepada Allah

2.mata yang pada malam hari menjaga (musuh datang) dalam melakukan peperangan fi-sabilillah. "

Saturday, November 07, 2009

Walaupun 1 ayat ... Bukan 1 Msia ...

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma
bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:
"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."
(Riwayat Bukhari)

Thursday, November 05, 2009

Kursus Haji Perdana 1430H/2009

Lokasi : Dewan Masjid As Syarif,Kg Simpang 3,Gombak
Tarikh : 1 Nov 2009 - Ahad
Pembimbing : Ust Salehudin Nasir
Kehadiran : Sekitar 200 orang jamaah/kerjasama Kawakib Travel
Nota : Moga mendapat Haji Yang Mabrur walaupun cabaran pada tahun ini agak 'mencabar'