Semalam,penulis,kanda Salehudin dan Bonda Hindon...bergerak menuju ke Beranang.
Tujuannya adalah untuk menziarahi Mak Cik Ani..orang yang bertanggungjawab menjaga bonda kami semasa kecil dahulu.
Allahu Akbar,masih panjang lagi umurnya walaupun keadaannya amat uzur dan menyedihkan..lumpuh dan 'pekak'..
Memang sedih penulis melihat keadaannya,adakalanya 'lucu' pun ada kerana lain yang ditanya..lain pula yang dijawab..lepas tu dia pun ketawa sama..
Walaupun uzur,tapi ingatannya masih kuat.dia masih boleh mengingati dan menyebut nama adik beradikku yang lain..Maha Suci Allah..
Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya...AMIIINNNN!!!!!!!
Agak-agaknya,bagaimanakah kita di usia senja nanti..moga Allah memelihara kita semua..INSYA ALLAH...
Thursday, February 26, 2009
Ziarah Makcik Ani....Beranang
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Sunday, February 22, 2009
Bermulanya...Pelancaran KURSUS HAJI BERSIRI..
Pagi tadi bermula jam 9.00 pagi,taklimat tentang 'prosuder' haji di sampaikan oleh Al Fadhil Ust Salehuddin Nasir.
Penulis berasa cukup berdebar kerana inilah kali yang pertama penulis mengadakan Kursus Haji Bersiri.Bertempat di Masjid As-Syarif, Simpang Tiga Gombak.
Hampir jam 9.00 pagi,hanya beberapa orang saja yang hadir..risau gak dibuatnya..takut orang tak datang.
Al Hamdulillah,sedikit demi sedikit akhirnya hampir penuh dewan kuliah.kehadiran mencecah hampir 70 orang..boleh tahan jugak la..
Taklimat kursus berjalan dengan baik dan lancar..nampak diraut wajah masing-masing ada tanda kepuasan.
Insya Allah kursus haji bersiri percuma ini akan di adakan setiap hari Ahad bermula jam 9.00 pagi bermula 1 Mac ini..Penulis sendiri yang akan menyampaikannya...Jemput hadir beramai-ramai.."SELAMAT DATANG"...Penulis sempat bergaya....
Antara jamaah muslimat yang hadir...
Golongan muslimin juga tidak ketinggalan mengikuti kursus...
Ust Salehuddin Nasir menyampaikan penerangan tentang 'prosuder' haji.
Mendengar dengan penuh semangat dan teliti...
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Sunday, February 15, 2009
Bertambahnya Umat Nabi Muhammad
Inilah anak Siti Sumayah ( anak buah penulis )..
Kira baby boy ni 'cucu' penulis la..
Alahai...tua pulak rasanya...
Bak kata pepatah Arab..'Laita Syabab ya'udu Yauman'..mudah2an usia muda akan kembali satu hari nanti..
Toksah mimpi la nak muda balik...
Dalam syurga esok Insya Allah...AMINNNN!!!!!!!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Monday, February 09, 2009
Sukan Tahunan Sekolah Rendah Islam Al Huda
Pagi tadi bertempat di padang sekolah rendah Taman Melati,sukan tahunan SRI AL HUDA tlh diadakan.
Majlis bermula tepat jam 8.00 pagi dengan perarakan rumah2 sukan..Merah..Biru..Hijau..Kuning..
Semua acara berlangsung dengan baik ,meriah dan lancar...
Termasuk acara untuk ibubapa..lumba lari,tarik tali dan bola jaring...
Paling meriah sudah tentunya acara tarik tali..Ust Badrul Amin yang paling bersemangat sekali..
Walaupun teamnya kalah..tapi..Lawan Tetap Lawan!!!
Penulis hanya menjadi pemerhati saja memandangkan tak berapa sihat..
Pemerhati pun ok..Jangan Lompat Parti sudahlah....
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Thursday, February 05, 2009
PAS..semakin mendapat sambutan.
Semalam,bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Kerdas,berlangsungnya majlis perasmian penubuhan 10 cawangan baru PAS DUN Gombak Setia.
Tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato Dr Hassan Ali (Adun Pas Gombak Setia) dan Meja(B) Dato Zahar Hashim(Bekas ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan).
Suasana kehadiran orang ramai amat menggalakkan walaupun suasana agak 'suram' di Perak.
Itulah mehnah politik namanya..hari ni kawan,esok boleh jadi lawan..
Penulis melihat kehebatan makhluk Allah yang bernama 'Katak'.Selalunya katak ini melompat ke depan untuk mengejar cita2 dan matlamatnya.
Tak pernah pula penulis mendengar apatah lagi melihat katak melompat ke belakang..pelik benar bunyinya tu..kan dah di pesan..'Jangan Pandang Belakang'.
Tapi ada pulak orang Bota yang melompat ke depan kemudian patah balik kebelakang...tak ke pelik namanya ????
Dunia!Dunia!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda