Tuesday, May 26, 2009

Suatu Ketika Dahulu ...Cepatnya Masa Berlalu..

Penulis bersama 'ujai' di rumah arwah along di meru..ranggi nampak!!
Keluarga Ust Salehudin...comel2 jer..mana lagi sorang eekkk...?
Keluarga kak Tijah ..Jengka Pahang.
Nasib baik buaian nenek tak runtuh ....
Sebahagian adik beradik penulis..
Moga sihat2 selalu...
Ni baru sikit tentera bersekutu...ada yang dah digelar ibu la ni..
Tu Diaaa ...macam2 gaya ada...
Anak2 Ust Halim Nasir di rumah arwah along di Klang.
Bersama ... jamil.
Dara2 pujaan di tebing sungai gombak..belakang rumah mak ngah...

Monday, May 25, 2009

Pemimpin Agung Kesayangan Ummat ...

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
SayidinaUmar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu,langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yangamat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?
""Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda."Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi,apakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Bagaimana pemimpin kita sekarang ni...
Bawak2 la insaf...

Friday, May 22, 2009

SAH ! Tapi ... HARAM...

Begitulah bunyinya..
Sebelah petang tadi , ada jugak anak murid yang menghantar sms kepada penulis tentang keputusan yang telah diumumkan oleh Mahkamah Rayuan di Putra Jaya.
Umum semua telah mengetahui..Zamry telah menang dalam rayuan tersebut..3 - 0.
Ada yang bertanya kepada penulis..abis camna sekarang ni ustaz ?
Penulis menjawab...Sah tapi HARAM !!!
Macam orang yang bersembahyang menggunakan kain yang dicuri , sembahyangnya SAH tetapi perbuatan mencurinya HARAM.
Itu baru curi kain , kalau 'curi' kuasa , bagaimana agaknya ye..sendiri mau ingat la..
Namun yakin dan percayalah..pasti ada HIKMAH besar yang tersirat di sebalik semuanya itu..
ALLAHU AKBAR !!!!!

Fakta - Fakta Menarik ...

Adakah anda tahu?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegasgambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat
ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang
lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk
hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana
mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga
ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico Citytenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak
di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan
senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di WashingtonD. C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali
dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang
fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik
minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan
tiada no 8. kan ? dan pasti ramai yang berhajat untuk checking tulisan pada
zip masing2?

kekekekeee.. .!!! OK dah pegi buat keja kekeke...!!!

Wednesday, May 20, 2009

The Brazilian Stars...

video

Kita bersantai sikit..

Sambil menunggu keputusan Mahkamah Rayuan esok,jom kita layan video ni dulu.

Manalah tau kot2 boleh dapat skil baru bagaimana nak tumbangkan BN dalam pilihanraya nanti..

HIDUP RAKYAT...HANCUR BN...

Friday, May 15, 2009

Penulis berehat hari ini...

Hari ini ( Jumaat ),sepatutnya giliran penulis berkhutbah jumaat di Masjid As-Syarif,Simpang Tiga,Gombak.
Tapi hari ini khutbah telah diambil giliran oleh Dato Hassan Ali ( Adun Gombak Setia ).
Penulis lega dan hanya menjadi pendengar pada hari ini...rehatlah sikit..
Khutbah dimulakan oleh beliau dengan memberikan pesanan tentang peri pentingnya iman dan taqwa dalam kehidupan ini.
Persoalan 'ketenangan jiwa' yang dicari-cari dan tercari-cari oleh manusia juga turut dikupas.
Memang menarik sekali isi yang disampaikan pada hari ini....al maklum...pakar motivasi..
Penulis juga sempat menjeling dikiri kanan ketika khutbah melihat2 kalau ada jamaah yang tersengguk ketika khutbah disampaikan.
Ada juga la yang 'tersasar'..agaknya letih sangat bekerja kot.
Selesai solat beliau dan rombongan terus bergerak ke Kg Sg Pusu untuk meninjau kawasan tanah runtuh yang berlaku akibat hujan lebat semalam..

Agaknya apa khabar orang PERAK hari ni...moga sihat sejahtera hendaknya...
Yakinlah kebenaran pasti akan Datang !!!!!!!!!!!!!!!

Monday, May 11, 2009

Teruskan Perjuangan ... Jangan Ragu-Ragu ...

Sunday, May 10, 2009

Fikirkanlah bersama - sama ...

Friday, May 08, 2009

Kenangan Di Madinah Al Munawwarah...

Di Hotel Saha Safir...Madinah
Di Kilang mencetak Al Quran.
Masjid Quba'..pertama dalam sejarah Islam.
Had sempadan Masjid Nabawi ketika Nabi wafat.
Berhampiran Raudhah.
Ramainya umat...
Masih dalam pembinaan..rangka payung besar..keliling Masjid Nabawi.
Menaungi jamaah yang berada di luar Masjid Nabawi
Di luar Masjid Nabawi...
Agenda 'shopping' tidak dilupakan..hehe..
Indahnya Masjid Nabawi...
Makan malam di hotel Madinah...
Tapak rumah Saidina Abu Bakar...
Selawat dan Salam keatasmu Ya Rasulullah...
Kawasan Raudhah...
Kawasan tumpuan...Raudhah..
Khusyu' berdoa kepada Allah...
Pangkin kawasan Ahlul suffah...

Tuesday, May 05, 2009

Sabar menunggu...!!!!!

Salam dari Madinah..

Jam sekarang sekitar jam 9.00 mlm waktu saudi.Flight sepatutnya jam 10.15 mlm.

TERKINI..tunda ke 11.45 mlm.fuh!!!!sabo je lah..

Letih juga menunggu ni.

Jangkanya sampai KLIA jam 3.30 ptg (selasa ).Itulah ujiaan namanya..

Baru menunggu di Airport.Belum lagi di Padang Mahsyar..Allahu Akbar..Mintalah agar kita semua selamat di sana nanti..

Moga mendapat kitab suratan dengan tangan kanan masing2..Insya Allah.

Yang tolak Islam di dunia ni,agak2 tangan mana nanti ye?

lu pikir la sendiri...!!!!!