Pagi tadi..penulis sekeluarga bergerak dari Gombak menuju ke Janda Baik di Pahang..
Dengan satu tujuan...dah lama tak terjun sungai..siap memancing lagi..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit..Tol jangan dilupa..Rm 10 pergi / balik..( Malaysia BOLEH )
Memang berbaloi pergi kali ni..cuaca cantik , air sejuk , dapat ikan pun banyak..rezeki la tuuu..
Dapat la penulis berehat sikit dari kesibukan kota yang memang penuh dengan suasana "haru biru"...Lapang la dada sikit...Ada masa nanti kita pergi lagi..Insya Allah..
Sunday, December 21, 2008
Jom Mandi Sungai...Janda Baik
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Wednesday, December 17, 2008
Malang Tidak Berbau...
Pagi tadi ketika penulis membawa Bonda untuk mengambil pencen di BSN Tmn Sri Gombak,penulis di kejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat...
Penulis tidak pasti dari arah manakah bunyi itu datang..
Setelah disiasat(macam polis la pulak),penulis melihat sebuah motosikal telah terperosok dibawah sebuah kereta Toyota Avanza...
Melihat kepada kedudukan motosikal itu,penulis mengagak kecederaan penunggangnya mungkin agak parah/maut..maklumlah...motor masuk bawah kereta..diseret pulak lagi..
Tapi Alhamdulillah..penunggang motor(melayu) hanya mengalami luka yang taklah teruk sangat..Orang ramai membawanya ke klinik berdekatan..
Pemandu kereta(cina) itu juga tiada kecederaan...mujurlah semua selamat...
Oleh itu kepada anda semua..Berhati-hatilah ketika memandu...Berdoa & Bertawakkallah Kepada Allah...
Jangan memecut sangat walaupun harga minyak sudah turun...10sen..jadilah!!!!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 2 Pandangan Anda
Sunday, December 14, 2008
PC Fair kembali lagi....
Petang tadi penulis sempat meluangkan masa untuk meninjau gajet-gajet terbaru di pasaran.
Memang "kelabu" mata dibuatnya...nasib baik tak "biru'..kalau tak..memang haru!!
Banyak juga gajet baru yang keluar...macam-macam adaaa...
Letih jugak la penulis "tawaf" kat dalam tu...
Terfikir juga penulis..dalam kegawatan ekonomi ni,banyak juga wang rakyat malaysia lagi..hampir semua yang mengunjungi pc fair ni..usung barang.kiri kanan lagi tu..
Apapun pc fair kali ini tetap meriah!!!!!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Saturday, December 13, 2008
4 Perkara..Beringatlah!!!!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Monday, December 08, 2008
Korban..menjejaki Sunnah Nabi Ibrahim..
Al Hamdulillah..Sunnah Rasul dapat di praktikkan lagi..
Walaupun berkorban dalam keadaan hujan yang turun tanpa henti..proses korban berjalan lancar.5 ekor lembu berjaya d tumbangkan...
Penulis juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam ibadah korban pada kali ini..tak banyak pun ..2 bahagian saja..penulis dan isteri..
Korban kali ini dibuat di jalan dewan,simpang tiga,gombak ( rumah saudara rohaizad )..ramai juga sahabat yang datang membantu...terima kasih banyak-banyak di atas sumbangan anda semua..
Jumpa lagi dalam program ibadah tahun depan..INSYA ALLAH...
Lembu..tetap taat kepada perintah Allah.
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Khutbah Edul-Adha...Masjid Kota Damansara
Al Hamdulillah..Solat Sunat Edul-Adha dan Khutbah berjalan lancar.
Penulis dijemput menyampaikan khutbah Edul-Adha di Masjid Kota Damansara.Masjid baru yang cantik dan indah.
Telah dirasmikan oleh Sultan Selangor pada Jumaat baru ni ( 5 dec 08 ).Mengekalkan namanya sebagai Masjid Kota Damansara.
Penulis memang kagum dengan semangat jamaah di masjid ini..ramai Dato dan Tan Sri...tapi semuanya "kaki kuliah"..mengisi usia senja...bagus la tu ..Al Hamdulillah..
Jumlah korban di sini ialah 17 ekor lembu dan 4 ekor kambing...banyak jugak tuu..
Antara isi khutbah yang di sampaikan penulis..
1. Falsafah Haji..
2. Falsafah Korban..
3. Taat kepada Hukum dan Perintah Allah..
4. Pengajaran dari pengorbanan Nabi Ibrahim..
SALAM EDUL-ADHA...SELAMAT BERKORBAN..
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Sunday, December 07, 2008
Friday, December 05, 2008
Lagi Kebesaran Allah...Allahu Akbar!!
Baru-baru ni berlaku lagi peristiwa "Awan membentuk kalimat Allah"..
Berlaku di Sekolah Men Khir Johari..Sg Petani..Seorang bapa membaca Yasin ketika anaknya
sedang menduduki peperiksaan SPM di dalam dewan sekolah..
Tiba-tiba beliau melihat awan sedang membentuk Kalimah ALLAH di atas langit..
Inilah satu lagi kebesaran yang ditunjukkan oleh Allah kepada para hambanya yang Beriman..
Juga satu petanda dari Yang Maha Esa...Qiamat semakin hampir...Bertaubatlah wahai hamba Allah sekelian....!!!!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Tuesday, December 02, 2008
Bulan Sabit Tersenyum...ALLAHU AKBAR!!!!!!
1 DEC 08 - Penulis baru je selesai memberikan kuliah maghrib di Surau Taman Permata.Selesai Solat Isya',jam menunjukkan pukul 8.45 mlm..Dalam perjalanan pulang ke rumah,penulis singgah di stesyen minyak untuk mengisi minyak kereta..ikut hati nak isi full tank,tapi takut minyak turun..Isi rm 20..Rupanya turun dekat raya haji...Hampeh tul..
Selepas itu penulis terus pulang ke rumah,dalam perjalanan itulah penulis melihat satu kejadian Allah yang agak luar biasa..Bulan Sabit seakan tersenyum!!!!
Mulanya penulis agak keliru,betul ker apa yang penulis sedang lihat..rasa macam tak percaya.Penulis terus memberhentikan kereta dan terus memerhatikan keadaan bulan sabit itu...
Masya Allah..Agungnya ciptaanMu Wahai Allah..Penulis memang tidak tersilap pandang..Sah!! Bulan itu sedang tersenyum...Penulis terus bertakbir sendirian di dalam kereta..ALLAHU AKBAR!!
Itulah diantara tanda-tanda akhir zaman yang di perlihatkan oleh Allah..Moga kita dapat mengambil iktibar daripadanya..
Kita tunggu lagi malam ni..kot-kot bulan akan tersenyum lagi..
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
















