Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... ok tak pantun ultraman...JUST FOR FUN !!!!
Sunday, November 09, 2008
Rilek Minda ( Jom Layan Pantun )
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Saturday, November 08, 2008
Friday, November 07, 2008
Lambaian Ka'abah!!!
Labbaikallahummalabbaik...
Seruan haji datang lagi.Berbahagialah mereka yang dijemput menjadi " DUYUF AR RAHMAN " ( Tetamu Allah ).
Pengorbanan & Perjuangan Nabi Allah Ibrahim & Ismail pasti akan dikenang sepanjang zaman.
Gamitan "HAJI MABRUR" menjadi idaman setiap insan.
Selamat menunaikan haji bagi mereka yang terpilih pada tahun ini.
Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk menunaikannya,sama2lah kita berdoa agar niat kita untuk kesana..dimaqbulkan suatu hari nanti ...AMIN YA ROB !!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Tuesday, November 04, 2008
Kenangan Abadi..
Salam...Tinggal Kenangan!!!
Inilah gambar penulis ketika Darjah 6 ( 1986 )..
Boleh tahan juga handsome masa tu..
Kalau di lihat pula gambar la ni..Masya Allah..bak langit dan bumi..
Tapi handsome tak lari punya....!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Hikmah Sujud...
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Monday, November 03, 2008
10 Wasiat Imam Hasan Al Banna
1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah.. . mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan.. .! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!! ! Pelbagai lapisan datang berkunjung!! ! Pelbagai darjat datang berkunjung!! ! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret. .. Tanpa haluan dan noktahnya..
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Al Hamdulillah..Semakin Pulih...
Semalam ( 2 nov ) sebelum pulang ke Gombak,penulis sekali lagi pergi menziarahi bapa mertua di PMC Alor star.Nampak semakin sihat dan bertenaga.Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Sunday, November 02, 2008
Masa oh Masa....
MASA oh! masa. Kenapalah kau terlalu pantas, sampaikan banyak individu yang tidak ada masa. Ramai pula yang mendakwa tak sempat nak kejar masa. Ramai juga yang ditinggalkan masa.
Yang tunggu masa, masa pula tidak tunggu mereka.
Yang berjanji dengan masa, masa tidak pula berjanji dengan mereka.
AIR MATA DARAH
Siapa kita yang nak kawal masa? Kadang-kadang kita ingat kita senang esok lusa, rupa-rupanya esok lusalah masa yang paling sibuk bagi kita.
Rupa-rupanya, kita dapati kita sudah tidak ada masa. Tiba-tiba kita dapati kita sudah buang masa, sudah rugi masa, kita bazir masa.
Yang dahsyatnya, masa yang berlalu tak boleh diganti lagi.
Kalau manusia menangis mengalirkan air mata darah sekalipun, masa tidak peduli, ia tetap berlalu dan berlepas.
Itulah hebatnya 'orang' yang bernama masa itu.
'TAYANGAN PERDANA'- SIAPA RUGI, SIAPA UNTUNG?
Masa remaja sekali sahaja. Gunakanlah masa itu semaksimum yang boleh.
Jangan penuhi dengan kerja-kerja yang sia-sia saja. Misalnya, buat 'tayangan perdana'.
Sebenarnya, dalam era ini, 'tayangan perdana' melambak di internet dan hebatnya boleh dilayari secara mudah dan percuma.
Malangnya, masa dulu, ia melibatkan manusia luar, sedihnya kini, daripada pengarah, sehinggalah kepada pelakon, penjual dan penonton adalah orang kita, budak kita.
Masa melakukan aksi berani itu, budak kita ada masa melakukannya.
Orang lain yang kononnya tidak ada banyak masa, ada pula masa untuk mencari klip video 'tayangan perdana' itu. Dan ada pula masa untuk menontonnya.
Kadang-kadang berulang kali. Bab ini, semua ada masa.
Rupa-rupanya kita sudah ditinggalkan masa, masa yang menyaksikan budak hormat orang tua, orang tua hormat budak, guru ditakuti murid umpamanya. Masa itu sudah berlalu dan tidak akan datang lagi.
Sekarang ini masa budak boleh cabul orang tua begitulah sebaliknya. Masa pelajar tendang guru, ibu bapa saman guru.
Inilah realiti masa.
Jadi, dalam menghadapi perubahan masa, apakah kita akan gunakan pendekatan masa dulu untuk menangani masalah masa sekarang.
Atau kita semua diamkan diri, jaga periuk nasi masing-masing dan biarkan episod 'tayangan perdana' berlalu begitu saja.
Atau kita biarkan masa menentukannya.
Atau kita biarkan generasi akan datang selesaikan masa yang kita gagal selesaikan hari ini.
Sebenarnya kita kena serius dan proaktif tangani krisis tingkah laku daripada remaja sampai kepada orang tua.
Kalau tidak, kita sudah tidak ada masa. Masa tak tunggu lagi.
Mungkin masa akan datang, lebih hebat lagi bentuk 'tayangan perdana'.
Apakah jaminan masa itu kita boleh cari penawarnya sedangkan hari ini pun kita tidak seiya sekata tangani masalah ini.
Salahkah kalau kita katakan, tidak ada orang peduli tentang keruntuhan akhlak remaja dan orang tua.
Mungkin ia berlaku kerana, masa ini bukan anak kita, mana tahu esok-esok, anak kita, atau kekasih, buah hati kita yang jadi pelakon utama 'tayangan perdana ' itu.
Apa-apapun jangan tunggu masa, ayuh kita ramai-ramai banteras gejala keruntuhan moral ini sampai ke lubang cacing
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Saturday, November 01, 2008
Rabbuna Yasfi'..Moga Allah Menyembuhkan..
30 nov 9.45 mlm - Penulis bergerak dari Gombak - Alor Star.Al Hamdulillah sampai jam 2.25 pagi.Perjalanan lancar walaupun ada Speed Trap di Taiping,tapi ..LEPAS.
Tujuan Penulis ke Alor Star adalah utk ziarah Bapa Mertua yg baru selesai menjalani pembedahan membuang Hempedu.ALLAHU AKBAR!Satu lagi nikmat Yang Maha Esa telah ditarik.
Keadaannya agak stabil.cuma menurut doktor,hati ayah ada membengkak sedikit.Insya Allah akan mengecil sedikit masa lagi..Sama2 kita doakan.
Penulis juga agak terkejut melihat jumlah batu yg dikeluarkan dari Hempedu.Jumlahnya lebih kurang 20 biji..MASYA ALLAH hitam warnanya..Begitulah hebatnya Penciptaan Yang Maha Esa..
Semalam (Jumaat) Penulis buat pertama kali mendirikan Solat Jumaat di Masjid Zahir.Memang cantik & indah sekali.Masjid yang menjadi kebanggaan Rakyat Jelata Kedah.Simbol Islam yang telah lama bertapak di Negeri Jelapang Padi ni.. 
Moga Kemenangan PAKATAN RAKYAT dapat dikekalkan..TAKBIIIRRR!!!!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Thursday, October 30, 2008
Keluarga An Nasir...
Senyum2 selalu..
Dari kiri..
1 . Ust Halim Nasir.
2 . Ust Salehuddin Nasir.
3 . Ust Rahim Nasir ( Penulis )
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
..jpg)
.jpg)
.jpg)









