Sunday, December 07, 2008

Kenangan Lalu Di Kuala Lumpur








Agaknya di manalah penulis pada masa ini..jawapannya...

Belum wujud lagi laaaa....( dok tubit lagi )

Friday, December 05, 2008

Lagi Kebesaran Allah...Allahu Akbar!!

Baru-baru ni berlaku lagi peristiwa "Awan membentuk kalimat Allah"..

Berlaku di Sekolah Men Khir Johari..Sg Petani..Seorang bapa membaca Yasin ketika anaknya
sedang menduduki peperiksaan SPM di dalam dewan sekolah..

Tiba-tiba beliau melihat awan sedang membentuk Kalimah ALLAH di atas langit..

Inilah satu lagi kebesaran yang ditunjukkan oleh Allah kepada para hambanya yang Beriman..

Juga satu petanda dari Yang Maha Esa...Qiamat semakin hampir...Bertaubatlah wahai hamba Allah sekelian....!!!!!

Tuesday, December 02, 2008

Bulan Sabit Tersenyum...ALLAHU AKBAR!!!!!!


1 DEC 08 - Penulis baru je selesai memberikan kuliah maghrib di Surau Taman Permata.Selesai Solat Isya',jam menunjukkan pukul 8.45 mlm..

Dalam perjalanan pulang ke rumah,penulis singgah di stesyen minyak untuk mengisi minyak kereta..ikut hati nak isi full tank,tapi takut minyak turun..Isi rm 20..Rupanya turun dekat raya haji...Hampeh tul..
Selepas itu penulis terus pulang ke rumah,dalam perjalanan itulah penulis melihat satu kejadian Allah yang agak luar biasa..Bulan Sabit seakan tersenyum!!!!

Mulanya penulis agak keliru,betul ker apa yang penulis sedang lihat..rasa macam tak percaya.Penulis terus memberhentikan kereta dan terus memerhatikan keadaan bulan sabit itu...

Masya Allah..Agungnya ciptaanMu Wahai Allah..Penulis memang tidak tersilap pandang..Sah!! Bulan itu sedang tersenyum...Penulis terus bertakbir sendirian di dalam kereta..ALLAHU AKBAR!!

Itulah diantara tanda-tanda akhir zaman yang di perlihatkan oleh Allah..Moga kita dapat mengambil iktibar daripadanya..

Kita tunggu lagi malam ni..kot-kot bulan akan tersenyum lagi..

Sunday, November 30, 2008

Jangan Bersangka Buruk...

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Saturday, November 29, 2008

Jadilah Tanah Yang Subur....

Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w.. beliau bersabda,
"Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi.
"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak.
Ada pula tanah yang keras, tidak dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam.
Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air dan tidak pula menumbuhkan rumput.
"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."

Bacalah Al Quran...


Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya."

Friday, November 28, 2008

Ambillah Waktu...

GOLDZHIHER, seorang orientalis terkenal menyatakan: "Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru. Kemudian setelah 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.”

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

12 Sifat Sahabat..


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya menjadi individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Thursday, November 27, 2008

Langkawi & Kesyukuran

Minggu lepas - 23 nov - penulis balik sebentar ke Langkawi.Pulang bersama adik beradik yang lain..kak long,lee,tini dan anak-anak.

Kebetulan penulis pulang bersama ayah mentua yang baru sebulan operate.nampak makin sihat mudah-mudahan..Al Hamdulillah.
Peluang yang ada tidak dilepaskan untuk membuat sedikit doa selamat & tahlil arwah untuk ibu mentua..Sofiah Awang..
Penulis diberi amanah untuk memimpin majlis tersebut.Hati terasa sayu mengenangkan Arwah ibu mentua yang telah tiada..namun apakan daya ,sudah suratan Yang maha Esa..
"HIDUP PERLU DITERUSKAN"..itulah kata-kata yang sering diucapkan oleh manusia.Menjadi azimat bagi diri yang lemah ini..
AL FATIHAH sekali lagi..

Saturday, November 22, 2008

Rombongan Ke Teluk Intan..4