Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Sunday, November 30, 2008
Jangan Bersangka Buruk...
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Saturday, November 29, 2008
Jadilah Tanah Yang Subur....
Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w.. beliau bersabda,
"Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi.
"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak.
Ada pula tanah yang keras, tidak dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam.
Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air dan tidak pula menumbuhkan rumput.
"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Bacalah Al Quran...
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Friday, November 28, 2008
Ambillah Waktu...
GOLDZHIHER, seorang orientalis terkenal menyatakan: "Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru. Kemudian setelah 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.”
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
12 Sifat Sahabat..
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya menjadi individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Thursday, November 27, 2008
Langkawi & Kesyukuran
Minggu lepas - 23 nov - penulis balik sebentar ke Langkawi.Pulang bersama adik beradik yang lain..kak long,lee,tini dan anak-anak.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Saturday, November 22, 2008
Wednesday, November 19, 2008
Rombongan Ke Teluk Intan..2
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Monday, November 17, 2008
Rombongan Ke Teluk Intan..1
16 Nov 08 - Mengikut Adat kebiasaannya,selesai majlis perkahwinan di pihak perempuan,majlis akan disusuli pula di rumah pihak lelaki.
Penulis bergerak bersama rombongan 10 buah kereta dengan ahli keluarga yang lain nenuju ke Teluk Intan.Jarak dari Gombak lebih kurang 170KM.
Destinasi kami ialah di Kampung Bahagia...Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit.
Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.Sambutan dari pihak keluarga lelaki begitu memuaskan.Makanannya juga sedaaaapppp...Terima kasih banyak-banyak..
Di bawah ini penulis meletakkan gambar-gambar sekitar majilis tersebut untuk tatapan umum..Antara anak-anak buah penulis yang hadir..
Masjid As - Saadah menjadi lokasi persinggahan....
Ke dua2 nenek pengantin turut hadir memeriahkan majlis..
Kanda Haziah bersalaman dengan ahli rombongan...MESRA RAKYAT..
Anak Abah..kanda Salehudin dan anaknya aqilah...
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Saturday, November 15, 2008
Antara Doa Rasulullah SAW
Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya):
"Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa dengan doa yang panjang.
Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Friday, November 14, 2008
Mutiara Hadis SAW...
CAHAYA WAJAH NABI
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Moga Menjadi Taman-Taman Syurga
14 Nov - Di pagi Jumaat yang mulia ini,selepas menghantar anak ke sekolah bagi hari persekolahan yang terakhir,penulis bergerak ke Tanah Perkuburan Islam ,Kg Sungai Pusu.
Selain menziarahi kubur Ibu Mentua ( Hajjah Sofiah Bt Awang ),penulis dan seorang sahabat..Atan..melakukan persiapan untuk mengemaskini kubur ibu mentua penulis.
Selepas proses kemaskini selesai,penulis terus membaca Doa memohon semoga Allah memberikan Rahmat ke atas seluruh penghuni kubur tersebut...Amin Ya Rob!!!!
Benarlah apa yang pernah di sabdakan oleh Rasulullah SAW...Untuk banyak mengingati mati kena selalulah ziarah-ziarah kubur.
Moga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya...
Ingat..Selangkah Kita Melangkah...Kita Semakin Hampir Dengan Kematian!!!!
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Wednesday, November 12, 2008
Surau Al Islah, Sec 7, Shah Alam
12 Nov - Malam ini penulis bergerak menuju ke Shah Alam,Sec 7. Jarak dari Gombak lebih kurang 40 km.
Kuliah bermula sekitar jam 7.30 mlm..Penulis menggunakan Kitab 50 Tanda-Tanda Munafik Menurut Al Quran Dan Sunnah..
Antara tajuk yang di bahas penulis pada malam ini ialah Menolak Kebenaran Agama Islam..
Sesiapa sahaja dikalangan orang Islam yang memiliki sifat...
Menolak..
Membangkang..
Tidak bersetuju..
Tidak yakin..
Dengan kebenaran ajaran Islam,maka jelaslah watak dan sifat Munafik ada dalam diri mereka..
Marilah kita menjauhkan diri dari sifat munafik yang disebutkan tadi.Moga Allah memberi kekuatan Iman dan Islam secara berterusan sehingga ke akhir hayat..INSYA ALLAH...
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Majlis Ihtifal..Sekolah Rendah Islam Al Huda ..Gombak..
12 nov - Pagi tadi sekitar jam 9.30 pagi,penulis & isteri pergi ke satu majlis Ihtifal SRI Al Huda di Gombak.
Majlis bertujuan meraikan pelajar2 yang cemerlang dalam peperiksaan & mata pelajaran..
Kehadiran ibubapa agak kurang memandangkan hari ini adalah waktu bekerja,namun majlis tetap berlangsung dengan meriah..Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi..Anak Penulis ..Nurul Iman Faqihah(gambar) turut tersenarai menjadi penerima hadiah bagi Kategori ..Penulisan Bahasa Melayu Terbaik Tahun 1.. Tahniah dari ayah & ummi.
Kumpulan Nasyid SRI Al Huda( Soutul Islami ) turut membuat persembahan..sedap suara tuuu.
Puan Guru Besar..Ustazah Surayah(cermin mata)turut menyampaikan hadiah..
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Tuesday, November 11, 2008
Sentiasalah Berdoa
Bila Allah cepat Memakbulkan Doamu...
Maka DIA Menyayangimu…
Bila DIA Lambat Memakbulkan doamu...
Maka DIA Ingin Mengujimu...
Bila DIA Tidak Memakbulkan Doamu...
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu...
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Masjid Ar Rahimah..Taman Greenwood
11 nov 08 -Penulis baru saja balik dari menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Ar Rahimah,Taman Greenwood.
Masjid ni dengan rumah penulis tak jauh mana pun..tak sampai 5 minit naik motor..dekat jer..
Kehadiran jamaah agak kurang sikit dek kerana kuliah malam ni bertembung dengan "pasar malam"..alamatnya berduyun-duyun la yang ke pasar malam berbanding masjid.
Itulah besarnya cabaran kepada kita untuk melakukan kebaikan.Sentiasa kena bermujahadah tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.
Di masjid ini penulis mengajar kitab Riadus Solihin.Tadi penulis hanya sempat membacakan sepotong hadis Nabi SAW yang menceritakan tentang 3 jenis dosa yang besar..
1-Mensyirikkan Allah.
2- Mendurhakai ke dua ibubapa.
3- Bercakap bohong @ menjadi saksi palsu.
Moga Allah menjauhkan kita dari dosa dosa yang disebutkan tadi.....
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 0 Pandangan Anda
Surau Al Mustaqimah..Bandar Tun razak..
10 nov 08 - "Ust apa khabar,lama tak jumpa..sihat ker?".Sapa seorang jamaah.Sambil tersenyum penulis melangkah masuk ke dalam surau .Selepas selesai Solat Maghrib..kuliah pun dimulakan.
Sebelum memulakan kuliah,penulis terkenang satu peristiwa yang berlaku di surau ini beberapa tahun yang lepas.
"Political And Religion Man"-Al Marhum Ust Fadhil Nor telah disolatkan jenazahnya di sini sebanyak 7x..Masya Allah sehingga kering air tangki surau..celah seorang jamaah.
Moga Rohnya diampunkan oleh Yang Maha Pengampun...
Penulis membahaskan Kitab Bimbingan Mukminin...kupasan sekitar tajuk "Syahadah Menjadi Dasar Agama Islam".
Ramai juga jamaah yang hadir,ada juga sorang dua yang terlena..letih sangat la tuuuu..
Penulis terfikir juga..semalam baru masuk muka surat 22 sedangkan kitab tersebut mengandungi 902 mukasurat...Agak-agak bila boleh khatam yer..WALLAHU A'LAM..
Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda
Sunday, November 09, 2008
Walimatul Urus 09.11.08
SELAMAT PENGANTIN BARU...SITI AISYAH & RASIDI ANTARA TETAMU YANG HADIR...









Cetusan Idea Abu Faqihah 74 1 Pandangan Anda