14 Nov - Di pagi Jumaat yang mulia ini,selepas menghantar anak ke sekolah bagi hari persekolahan yang terakhir,penulis bergerak ke Tanah Perkuburan Islam ,Kg Sungai Pusu.
Selain menziarahi kubur Ibu Mentua ( Hajjah Sofiah Bt Awang ),penulis dan seorang sahabat..Atan..melakukan persiapan untuk mengemaskini kubur ibu mentua penulis.
Selepas proses kemaskini selesai,penulis terus membaca Doa memohon semoga Allah memberikan Rahmat ke atas seluruh penghuni kubur tersebut...Amin Ya Rob!!!!
Benarlah apa yang pernah di sabdakan oleh Rasulullah SAW...Untuk banyak mengingati mati kena selalulah ziarah-ziarah kubur.
Moga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya...
Ingat..Selangkah Kita Melangkah...Kita Semakin Hampir Dengan Kematian!!!!
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
2 days ago
1 Pandangan Anda:
Kalau difikir apa yg berlaku di alam kubur, ALLAHUAKBAR, rasa mcm nak tinggalkan segala2nya dan duduk aje di sejadah, takut, ngerinya tak dpt nak dibayangkan, suka dengar dan hayati lagu Far East, Menanti Di Alam Barzakh, menangis.... sbb takutnya nak hadapi alam yg bakal menanti... mudah2an diselamatkan dari fitnah kubur.....
Post a Comment