Wednesday, March 10, 2010

Sejarah Berulang Kembali...

Hampir beberapa tahun yang lepas,penulis bersama kekanda .. Ust Halim Nasir & Ust Salehudin Nasir pernah digandingkan beberapa kali di dalam forum yg digelar orang.."forum 3 beradik".

Antaranya di Masjid Telekom Taiping,Surau Bandar Tun Husin Onn,Surau Kompleks Belia Cheras dan pada tahun lepas,di Masjid Jamik Rahimiah Klang..
Permintaan terhadap gabungan kami 3 beradik ini adalah terlalu tinggi..siapa yang dapat,pasti bertuah dan berbangga dengannya..bangga dengan program yang dianjurkan..kami layan jer..!!
Semalam,Selasa,9/3/2010 .. sekali lagi sejarah tercipta.Kali ini di Pejabat UDA di Bukit Bintang.Anjuran BADIM,forum Maulid telah diadakan.Panelnya adalah kami bertiga..
Nasib si adik(penulis) selalu sahaja di kerah menjadi moderator....tapi tak pernah ambik hati pun..janji dapat kumpul sekali bersama..bukan senang.
Forum berjalan dengan baik dan lancar.sebelum itu para jamaah dihiburkan dengan dendangan kumpulan nasyid SAUJANA yang memang mantop..
Sajian makanan juga amat memuaskan..sehingga menjilat jari...marvelous !!!
Terima kasih kepada sahabat2 yang telah berusaha menjadikan majlis ini begitu meriah sekali..
Juga kepada Dato Jaafar sebagai "orang kuat" UDA yang begitu meraikan kami dan semua stafnya yang hadir..
Apa yang pasti...malam tadi kami tidur dengan lenanya..kenapa ye...lu pikir la sendiri..hehe.