Sekitar jam 3.30 pagi tadi,ketika sedang nyenyak tidur,penulis dikejutkan dengan bunyi salakan anjing yang datang dari arah rumah jiran cina selang 3 rumah dari rumah penulis.
Selepas itu terdengar pula bunyi alarm kereta.Penulis cam sangat dengan bunyi itu..Apabila diintai melalui tingkap penulis mendapati 2 orang sedang "mengerjakan"kereta penulis.
Dari pandangan penulis,sah kedua2nya adalah budak melayu..Allahu Akbar..apa la nak jadi dengan anak melayu di akhir zaman ni..buat hal tak habis2.
Penulis terus menyergah "hoooiiii" kepada mereka.sorang sedang cover "line",yang sorang lagi sedang memunggah melalui tingkap yang dipecahkan..Apalagi , terus lari lintang pukang 2 penyamun ni..
Penulis keluar untuk melihat apa yang hilang..Al Hamdulillah tak sempat mereka nak ambil apa2.cuma dalam kereta agak bersepah..lagipun dalam kereta tiada apa sangat barang berharga yang penulis simpan..setakat minyak atar tu,ada la.... :)
Inilah yang dikatakan ketentuan dan juga ujian dari Yang Maha Esa..Pastinya ada hikmah yang besar di atas kejadian tersebut..Penulis akur dan redho di atas sedikit ujian ini..Moga ada ganjarannya di sisi Allah....Amin Ya Rob!!!!
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
2 days ago
1 Pandangan Anda:
Yg penting kereta selamat. Cermin boleh tukar lain. Tentu ada hikmah di sebalik ujian ini.....
Post a Comment