Semalam,26 Jan,Isnin,bermula jam 4.30 - 7.00 ptg..berlaku satu lagi kejadian Agung Yang Maha Esa...Gerhana Matahari Separa..
Gerhana ini dapat dilihat di sebahagian besar dunia ini termasuk Malaysia.
Firman Allah..Surah Al-An'Am ayat 96 yang bermaksud..."Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Antara perkara yang disunatkan ketika berlakunya gerhana ini ialah mendirikan Solat Sunat Khusuf 2 rakaat sepertimana yang diajar oleh Baginda.
Penulis mengambil kesempatan untuk mendirikannya bersama keluarga di Masjid Wilayah Jalan Duta..
Ramai juga tetamu yang hadir.agak tersentuh juga apabila khotib di dalam khutbahnya menyentuh tentang kerdilnya manusia dan Maha Agungnya Allah..
Gerhana juga sebagai petanda bumi sedang "sakit".kerana itulah kita disuruh mendirikan solat sunat gerhana,bermunajat kepada Allah supaya peredaran matahari dan bulan berjalan seperti biasa.
Juga harus diingat bahawa Gerhana ini juga sebagai peringatan Qiamat semakin hampir..
Oleh itu...bersiap sedialah kita dengan bekalan yang secukupnya..agar tidak menyesal nanti...
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
2 days ago
1 Pandangan Anda:
Moda bumi sakik ro, jangan lupo sia pengasas ee kawan.....
Post a Comment