Sunday, April 12, 2009

Lambaian Kemenangan..TAKBIIIRRR

Al Hamdulillah..Hampir seminggu Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang,Selambau Dan Batang Ai berlalu.
Namun kehangatan perjalanan pilihanraya itu masih diperkatakan orang.
Di Masjid,surau,pejabat,kedai kopi malahan di merata ceruk..tetap hebat penilaiannya.
Tetapi yang paling banyak di perkatakan ialah kempen buruk,kotor dan jijik Barisan Nasional.
Memang memualkan.Itulah yang dapat penulis katakan setelah terlibat secara langsung dengan kempen disana.
Taburan wang ringgit,hadiah basikal kepada orang kampung,jalan kampung yang diturap jam 2,3 pagi...itulah janji kebendaan yang telah ditaburkan oleh Umno dan Bn.
Persoalan akhlak..jangan diharap.langsung tidak mencerminkan akhlak seorang Melayu,jauh sekali Islam..kesian sungguh penulis melihatnya.
Kutukan..PAS parti ajaran sesat,Pak Haji haram jadah,Pas anjing DAP,Nizar penderhaka dan macam2 lagi yang tak sanggup penulis menyebutnya.
Walaupun begitu,berkat kesabaran dan kesungguhan petugas2 PAS,dengan izin Allah...akhirnya YB Nizar mencapai kemenangan.TAHNIAH!!!!!
Apa yang lebih penting dari itu Pas telah mencapai satu kejayaan yang amat besar iaitu orang2 bukan melayu khususnya orang cina sudah tidak takut lagi kepada PAS seperti sebelum daripada ini.
Malahan orang cinalah yang paling banyak memberikan undi kepada YB Nizar berbanding dengan sebahagian orang melayu yang masih beku otaknya.
Tahniah juga kepada YB Nga kerana berani membacakan Al Quran dikhalayak ramai tempohari.yang orang melayu pi buat repot polis pasai apa???
Dahlah jarang baca Quran,tiba-tiba naik semangat pulak nak halang orang bukan Islam nak baca Quran...apa nak jadi dengan orang melayu hari ni...kesian..kesian..
HIDUP RAKYAT...KEBENARAN AKAN TIBA ...INSYA ALLAH.

1 Pandangan Anda:

Hisham Sekretariat said...

Salam Ustaz,
yg buat report tu melayuuu muallaf

Andalas