Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku kembali lagi...


Petang tadi,penulis sekeluarga berkesempatan pergi ke Pesta Buku A/Bangsa di PWTC.Itupun setelah selesai Kursus Haji Bersiri yang penulis buat di Masjid Al Munawwarah di Shah Alam sebelah paginya.

Walaupun agak keletihan,penulis tetap bersemangat untuk ke sana.Wow!! ramainya umat yang penulis lihat di sana.Pelbagai jenis dan ragam yang ada.Pelbagai warna kehidupan.
Antara 'Booth' yang menjadi tumpuan ialah Inteam Record,Ana Muslim,Al Hidayah,Telaga Biru,juga booth yang menjual koleksi buku2 Ulama' Tersohor Negara..Tuan Guru Nik Abdul Aziz..Di fahamkan esok(ahad) TG akan kesana melancarkan buku terbarunya..'Kemilau Peribadi'.

Penulis juga mengambil kesempatan membeli majalah ' Solusi ' terbitan Telaga Biru.Memang menarik sekali majalah tersebut...isinya memang 'MANTOP'.Penulis juga membeli buku 'Belajar Dari Para Wali'...kot2 lepas ni boleh jadi wali pulak..hehe..

0 Pandangan Anda: