Thursday, April 30, 2009

Cinta & Kawan...FIKIRKANLAH !!!


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ??
So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia.. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

SalAM dArI MAkkAh Al MUkArRaMAh....

Tuesday, April 28, 2009

Bingkisan Dari Makkah Al Mukarramah...

Salam dari Makkah - maaf banyak2 yang dapat penulis ungkapkan kerana sudah agak lama penulis tidak mengirim khabar berita dari Makkah ni.
Al maklum,nak cari line internet di sini,bukannya senang.
Yelah,tumpang "wifi" pak arab je...kejap ada..kejap takda..letih tuu!!!
Cuaca di Makkah ni ok..lebih kurang macam di Malaysia juga..sedang2 je lah..boleh la tahan.
Jamaah yang ada sekarang ni memang ramai.macam2 bangsa ada.macam2 rupa dan perangai apatah lagi..bawak2 la bersabor..
Sehingga kesaat ini,penulis masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan TG Nik Aziz,teringin betul rasanya nak jumpa.Belum ada rezeki lagi la tu.Yang penulis terserempak ialah dengan Tan Sri Khalid Yunus(yang rambut putih tu)..senyum je ler.apo nak buek!!
Insya Allah Jumaat pagi nanti penulis dan rombongan akan berangkat ke Madinah.Doakanlah agar semuanya selamat dalam perjalanan nanti..Insya Allah!!!
Untuk tidak menghampakan,disini penulis menyelitkan sekali beberapa foto untuk melepaskan rindu bagi pengunjung yang belum berkesempatan lagi untuk kesini..Insya Allah,satu hari nanti sampai la tu..AMIIINNNN!!!

Suasana subuh di Masjidil Haram...

Balik dari solat jumaat...ramainya manusia...

Allahu Akbar..nikmatnya solat di hadapan Kaabah...
Gua Tsur..tempat persembunyian Nabi ketika Hijrah ke Madinah
Semuanya fresh dan segar...meleleh beb!!! tak tgk aiskrim 2 riyal lagi..hehe..
Bersama rombongan di Padang Arafah...
Menuju ke Ji'ranah...Miqat untuk melakukan umrah...
Subuh di Masjidil Haram..ramainya yang Tawaf...
Tempat Saei yang kini lebih luas dan selesa..420 meter sehala..boleh tahan tu..
Indahnya Masjidil Haram...
Solat jenazah hampir setiap waktu..moga di rahmati oleh Allah...
Melaram di bilik hotel..Sofwa Tamyiz...
Inilah pintu yang dikatakan ..Babus Salam..ada macam corak batik sikit.

Saturday, April 25, 2009

Al Hamdulillah..Selamat Sampai..


Lebih kurang jam 6.45 mlm waktu saudi,penulis dan rombongan selamat tiba di Jeddah.
Terus memasuki Makkah sekitar jam 10.00 mlm.
Lebih kurang jam 12.00 t/mlm,penulis dan rombongan mula melengkapkan ibadah umrah dengan menunaikan Tawaf dan Saei.
Ramai juga umat yang berada di sana.
Selepas hampir 2 jam,lengkaplah sudah umrah yang pertama.
Walaupun kaki dan betis terasa sengal dan lenguh,akhirnya dapat juga penulis menyempurnakannya.
YA ALLAH TERIMALAH IBADAH UMRAH KAMI YA ALLAH...AMIINN!!!

Posted by ShoZu

Wednesday, April 22, 2009

Ke Tanah Suci...

Insya Allah penulis akan ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada petang ini.
Menaiki pesawat Saudi Air jam 3.00 petang.insya Allah akan sampai di Jeddah sekitar jam 6.30 petang (waktu saudi).
Penulis pergi membawa rombongan jamaah Ar Raziq Travel.tak lah ramai sangat ,lebih kurang 7 orang sahaja.
Penulis akan pulang pada 5 mei akan datang..Insya Allah.
Semua maklumat dalam blog ni akan penulis update semasa di sana..NANTIKAN BERITANYA!!!
Harapan dari penulis agar semua pengunjung blog ini sudi mendoakan penulis sepanjang pemergian nanti..
Penulis juga akan mendoakan anda semua dan pejuang Islam khususnya di bumi malaysia ini...moga lebih tabah dan berdaya juang yang tinggi..
ALLAHU AKBAR!!!!!

Monday, April 20, 2009

Wachaaaaa!!!


Syukurlah kita lahir sebagai MANUSIA...bukannya BINATANG...
Syukur juga kita lahir sebagai MUSLIM...tidak KAFIR.
Syukur juga kita menjadi MUKMIN...bukan MUNAFIQ.
Belajarlah dari kisah seorang Arab Badwi yang pernah berdoa memohon menjadi golongan yang "SEDIKIT".
Apabila di tanya oleh Saidina Omar,beliau menjawab..bukankah orang yang Beriman dan Bersyukur itu amat sedikit jumlahnya..
Fikirkanlah dan berusahalah kita menjadi seperti Arab Badwi itu..tapi ingat ..Jangan ditiru perangai Arab Badwi dah ler...tak faham bahasa..sapalah agaknye ye???
Awas!!!Jangan sampai anda di Wachaaaa!!!
Terima Kasih Di Atas Segala NikmatMu Ya Allah...!!!!

Posted by ShoZu

Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku kembali lagi...


Petang tadi,penulis sekeluarga berkesempatan pergi ke Pesta Buku A/Bangsa di PWTC.Itupun setelah selesai Kursus Haji Bersiri yang penulis buat di Masjid Al Munawwarah di Shah Alam sebelah paginya.

Walaupun agak keletihan,penulis tetap bersemangat untuk ke sana.Wow!! ramainya umat yang penulis lihat di sana.Pelbagai jenis dan ragam yang ada.Pelbagai warna kehidupan.
Antara 'Booth' yang menjadi tumpuan ialah Inteam Record,Ana Muslim,Al Hidayah,Telaga Biru,juga booth yang menjual koleksi buku2 Ulama' Tersohor Negara..Tuan Guru Nik Abdul Aziz..Di fahamkan esok(ahad) TG akan kesana melancarkan buku terbarunya..'Kemilau Peribadi'.

Penulis juga mengambil kesempatan membeli majalah ' Solusi ' terbitan Telaga Biru.Memang menarik sekali majalah tersebut...isinya memang 'MANTOP'.Penulis juga membeli buku 'Belajar Dari Para Wali'...kot2 lepas ni boleh jadi wali pulak..hehe..

Tuesday, April 14, 2009

Terengganu..apa ceriter..

Nampak gayanya senario politik negara kembali mendapat perhatian.Setelah Pilihanraya Kecil di 3 kawasan tempohari berakhir,kini timbul pula desas desus khabar hangat dari Terengganu..

Ada ugutan bunuh? Fuhhh...ganas benar bunyinya.."Yb , Tak sayang nyawa ke?"

Begitulah bunyi sms ugutan yang diterima oleh beberapa orang Adun Terengganu.

Mb Terengganu pula buat kenyataan seolah-olah macam tak tahu apa yang sedang berlaku.

Hairan juga penulis,apa yang sebenarnya telah berlaku?Apa pula permainan politik kotor yang sedang dirancang oleh mereka.?
Bezanya kali ini mereka bertelagah sesama mereka..Pas,Pkr dan Dap hanya menonton sahaja lakonan mereka..apalah agaknya kesudahan episod kali ini..

Sama-sama kita tunggu..siapa pulak yang nak jadi "PENDERHAKA"pada kali ini..hehe!!

Sunday, April 12, 2009

Lambaian Kemenangan..TAKBIIIRRR

Al Hamdulillah..Hampir seminggu Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang,Selambau Dan Batang Ai berlalu.
Namun kehangatan perjalanan pilihanraya itu masih diperkatakan orang.
Di Masjid,surau,pejabat,kedai kopi malahan di merata ceruk..tetap hebat penilaiannya.
Tetapi yang paling banyak di perkatakan ialah kempen buruk,kotor dan jijik Barisan Nasional.
Memang memualkan.Itulah yang dapat penulis katakan setelah terlibat secara langsung dengan kempen disana.
Taburan wang ringgit,hadiah basikal kepada orang kampung,jalan kampung yang diturap jam 2,3 pagi...itulah janji kebendaan yang telah ditaburkan oleh Umno dan Bn.
Persoalan akhlak..jangan diharap.langsung tidak mencerminkan akhlak seorang Melayu,jauh sekali Islam..kesian sungguh penulis melihatnya.
Kutukan..PAS parti ajaran sesat,Pak Haji haram jadah,Pas anjing DAP,Nizar penderhaka dan macam2 lagi yang tak sanggup penulis menyebutnya.
Walaupun begitu,berkat kesabaran dan kesungguhan petugas2 PAS,dengan izin Allah...akhirnya YB Nizar mencapai kemenangan.TAHNIAH!!!!!
Apa yang lebih penting dari itu Pas telah mencapai satu kejayaan yang amat besar iaitu orang2 bukan melayu khususnya orang cina sudah tidak takut lagi kepada PAS seperti sebelum daripada ini.
Malahan orang cinalah yang paling banyak memberikan undi kepada YB Nizar berbanding dengan sebahagian orang melayu yang masih beku otaknya.
Tahniah juga kepada YB Nga kerana berani membacakan Al Quran dikhalayak ramai tempohari.yang orang melayu pi buat repot polis pasai apa???
Dahlah jarang baca Quran,tiba-tiba naik semangat pulak nak halang orang bukan Islam nak baca Quran...apa nak jadi dengan orang melayu hari ni...kesian..kesian..
HIDUP RAKYAT...KEBENARAN AKAN TIBA ...INSYA ALLAH.

Friday, April 03, 2009

Moga Mendapat Kemenangan..

Bukit Gantang – Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin hanya makan mee rebus untuk hidangan makan tengah hari.
Ia pastinya berbeza dengan calon dan pimpinan Barisan Nasional.
Beliau yang ditemui bersama rakyat di kampung Jelutong tengah hari tadi mengambil kesempatan sedikit masa terluang untuk singgah disebuah kedai.
Sambil makan, beliau sempat menjawab beberapa soalan media yang turut hadir.
Beliau berkata sehingga kini sebanyak 50% dari keseluruhan pengundi parlimen Bukit Gantang telah beliau temui.
Walaupun merasa agak letih namun katanya, tidak ada apa yang lebih mengembirakannya selain memperjuangkan hak rakyat.
“ Menyedarkan rakyat tentang hak-hak mereka untuk mengundi dan memilih kerajaan secara bebas,” kata Nizar apabila ditanya, apakah seruan yang beliau sampaikan kepada para pengundi sepanjang waktu berkempen ini.
Sebelum itu beliau telah menunaikan solat jumaat bersama jamaah di masjid kampung Senduk Changkat Ibol.

Wednesday, April 01, 2009

Musibah..Ujian Dari Allah..

Sekitar jam 11.00 pagi tadi,berlaku kebakaran yang melibatkan 2 buah rumah berkembar.Di jalan dewan,simpang 3,gombak.kebakaran dapat dikawal dengan pantas oleh anggota bomba yang datang dari Selayang.
Walaupun tinggal sehelai sepinggang..Al hamdulillah tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.Penulis sempat juga melawat kawasan kebakaran serta mengucapkan Takziah kepada keluarga yang terlibat.Moga diberikan kesabaran oleh Allah.. Rumah hangus sama sekali..

Hanya tinggal tangga batu..
Dato Hassan Ali turun padang melihat mangsa.
Mendengar taklimat ringkas.

Mangsa kebakaran..mengandung anak yang ke 10...sabar ye kak!!!
Pemimpin berjiwa rakyat...TAKBIIIIRR...!!!

Ketua Kampung mesra bersama Pak Ayem